Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemeriksaan pengesahan usia di portal e-dagang dipertimbang bagi barangan seperti kapak: Desmond Tan

Aug 3, 2021 | 5:24 PM
Foto FAIL
Foto FAIL -

PEMERIKSAAN pengesahan usia pada platform e-dagang sedang dipertimbangkan apabila individu membeli kapak dan barangan lain bagi pelbagai kegunaan, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan.

Pemerintah kini sedang berusaha memperluas senarai senjata terkawal termasuk barangan harian yang biasanya digunakan, tambahnya.

Menjelaskan demikian di Parlimen pada Selasa (3 Ogos), Encik Tan berkata sejak tiga tahun lalu, 131 belia di bawah usia 18 tahun telah diberkas kerana kesalahan memiliki senjata berbahaya.

Encik Tan memberi jawapan kepada soalan Encik Desmond Choo (GRC Tampines) yang bertanya jika langkah yang ada kini cukup bagi mengekang belia daripada memperolehi akses pada senjata berbahaya.

Bulan lalu, seorang pelajar Menengah 1 di Sekolah Tinggi River Valley dibunuh semasa waktu sekolah. Seorang pelajar Menengah 4 daripada sekolah yang sama ditangkap polis dan sudah didakwa atas kesalahan membunuh. Kedua-dua budak ini tidak mengenali satu sama lain. Sebuah kapak pula dirampas sebagai bukti dengan siasatan awal menunjukkan ia dibeli dalam talian.

Enam senjata di bawah Akta Senjata dan Bahan Letupan (AEA) dikawal Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), kata Encik Tan. Ini termasuk pedang, tombak, mata lembing, pisau belati, bayonet, busur dan panah.

Encik Tan menambah mereka yang mengendalikan senjata ini harus mengikut garis panduan keselamatan manakala penjualnya pula perlu mengekalkan rekod urus niaga sementara pemiliknya pula diperlukan menyimpannya secara selamat.

Pada Januari, MHA mengenalkan Akta Kawalan Senapang, Bahan Letupan dan Senjata (GEWCA) yang akan menggantikan AEA apabila ia berkuatkuasa pada hujung tahun ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg