Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemeriksaan perubatan pembantu rumah di S'pura diperluas untuk kesan awal penderaan

Aug 5, 2021 | 9:12 PM
Foto BH oleh GIN TAY
Foto BH oleh GIN TAY -

PEMBANTU rumah hijrahan tidak lama lagi perlu melalui lebih banyak pemeriksaan sewaktu menjalani pemeriksaan perubatan setiap enam bulan yang meliputi ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) bagi mengenal pasti kes penderaan.

Mulai 29 Ogos, doktor juga perlu memeriksa tanda kecederaan yang tidak dijelaskan dan bukan setakat memeriksa mereka bagi kehamilan dan penyakit berjangkit.

Pemeriksaan ini akan juga diadakan di klinik tanpa kehadiran majikan bagi memberikan pembantu rumah hijrahan ini sekitaran selamat dalam meminta bantuan, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (5 Ogos).

Pemeriksaan perubatan berpangkalan di rumah juga tidak diizinkan.

Pihak klinik akan mengirim semua borang pemeriksaan perubatan tanpa mengira hasil ujian kepada MOM.

Pihak kementerian berkata, memeriksa berat badan dan ketinggian pembantu rumah hijrahan ini serta mengira BMI mereka akan membolehkan doktor membandingkan rekod tersebut serta mengesan sebarang tanda amaran serta kekurangan berat badan yang ketara bagi siasatan lanjut.

Pihak berkuasa kemudian akan menyusul memeriksa tanda kecederaan yang mencurigakan atau tidak dapat dijelaskan.

Usaha sebegini dilakukan dengan rundingan bersama Kementerian Kesihatan (MOH), doktor, majikan dan agensi pekerjaan, tambah MOM.

Ia dilaksanakan menyusuli beberapa kes pembantu rumah hijrahan yang teruk didera dan mencetus perbincangan awam.

Pada April, suri rumah Gaiyathiri Murugayan dipenjara 30 tahun kerana menyebabkan pembantu rumah, Piang Ngaih Don, 24 tahun, mati kebuluran dan didera. Warga Myanmar itu mempunyai berat badan 24 kilogram apabila beliau meninggal pada 26 Julai, 2016, selepas kehilangan 38 peratus berat badannya sejak beliau mula bekerja dengan keluarga ini pada 28 Mei 2015.

Pada November tahun lalu pula, seorang wanita dipenjara 10 bulan, dua minggu kerana berulang kali mendera pembantu rumah Indonesia yang digajikan keluarganya. Pembantu itu melarikan diri dengan menuruni 15 tingkat flat dari balkoni.

Dalam kenyataannya, MOM juga menjawab persoalan tentang sama ada pemeriksaan tambahan ini akan membawa pada tambahan kos buat majikan.

Tambahan bayaran dijangka minimal, kata MOM, sambil menambah klinik harus menyemak dan membuat keputusan komersial mereka sendiri dalam menyesuaikan bayaran bagi pemeriksaan ini

Mengenai mengapa ia tidak menimbangkan menambah kekerapan ujian perubatan, MOM berkata melakukan demikian akan menambah kos buat majikan.

Ia mungkin juga dianggap menimbulkan kesulitan tambahan buat majikan dan pembantu mereka.

MOM akur pemeriksaan perubatan yang dipertingkat ini akan diseiringkan dengan langkah menyokong kesejahteraan pembantu rumah hijrahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg