Pemerintah akan beri amaran kesihatan, himpunan sosial tempat kerja tidak dibenar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemerintah akan beri amaran kesihatan, himpunan sosial tempat kerja tidak dibenar

Warga terima Amaran Risiko Kesihatan (HRW), Kewaspadaan Risiko Kesihatan (HRA) harus kurangi interaksi sosial 14 hari; jalani ujian lebih kerap
Sep 7, 2021 | 5:30 AM

Pemerintah akan beri amaran kesihatan, himpunan sosial tempat kerja tidak dibenar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
"Ini mencerminkan fasa baru kita, dengan jumlah lebih tinggi orang yang divaksinasi dan oleh itu, kita tidak perlu kembali ke langkah kewaspadaan dipertingkat atau langkah lebih ketat namun diharapkan dapat memperlahan penularan dengan semua langkah ini." - Menteri Kewangan Lawrence Wong yang juga pengerusi bersama MTF bagi menangani Covid-19.
"Ini mencerminkan fasa baru kita, dengan jumlah lebih tinggi orang yang divaksinasi dan oleh itu, kita tidak perlu kembali ke langkah kewaspadaan dipertingkat atau langkah lebih ketat namun diharapkan dapat memperlahan penularan dengan semua langkah ini." - Menteri Kewangan Lawrence Wong yang juga pengerusi bersama MTF bagi menangani Covid-19. -

PEMERINTAH akan memberi Amaran Risiko Kesihatan (HRW) dan Kewaspadaan Risiko Kesihatan (HRA) kepada individu yang mungkin terdedah selepas kelompok jangkitan Covid-19 dikenal pasti, selain mengeluarkan arahan kuarantin kepada kontak rapat individu yang dijangkiti koronavirus itu.

Sementara itu, perhimpunan sosial di tempat kerja tidak akan dibenarkan mulai esok.

Mengumumkan langkah tersebut semalam, Menteri Kewangan Lawrence Wong yang juga pengerusi bersama MTF bagi menangani Covid-19 berkata ini merupakan sebahagian usaha memperlahan penularan tanpa perlu kembali ke langkah kewaspadaan dipertingkat ataupun langkah pemutus rantaian jangkitan, yang disifatkannya sebagai langkah terakhir yang akan diambil.

Namun jika jumlah kes serius yang perlu dirawat di unit jagaan rapi (ICU) atau memerlukan oksigen melonjak selepas berusaha sebaik mungkin, pemerintah tiada pilihan tetapi perlu mengetatkan langkah.

"Oleh itu, kami memerlukan kerjasama semua orang untuk mengurangkan kadar penularan... dan ini bermakna orang ramai perlu kerap diuji," ujar Encik Wong.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di bangunan The Treasury semalam.

Menerangkan tentang HRW dan HRA, Encik Wong berkata terdapat beberapa lingkaran dalam pendekatan menjejak kontak Singapura, dengan golongan yang mempunyai risiko paling tinggi terdedah kepada individu yang dijangkiti dikenakan arahan kuarantin.

Selain kontak rapat, mereka yang turut didapati terdedah kepada individu yang dijangkiti akan diberi HRW dan mereka perlu menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) dan mengasingkan diri hingga mendapat keputusan negatif daripada ujian pertama. Mereka juga perlu menjalani ujian pantas antigen (ART) selepas itu dan satu lagi ujian PCR pada hari ke-14.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), ujian bagi mereka yang diberi HRW akan mendapat subsidi penuh daripada pemerintah.

Sementara itu, mereka yang misalnya berada di lokasi sama ketika sebuah kelompok dikenal pasti akan diberi HRA meskipun mereka mungkin tiada interaksi dengan individu yang dijangkiti. Mereka akan digalak menjalani ujian PCR secepat mungkin.

Mereka yang diberi HRA harus memantau kesihatan diri mereka dan jika rasa sakit, mereka perlu berjumpa doktor di Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) dan boleh mendapatkan ujian percuma.

HRW dan HRA bukan arahan kuarantin namun individu yang diberikan notis itu harus mengurangkan interaksi sosial mereka selama 14 hari.

"Ini bermakna lebih ramai orang mungkin akan mendapat HRW atau HRA dan kami meminta kerjasama semua orang untuk memainkan peranan dan mengambil semua langkah yang diperlukan dengan serius jika mereka mendapat salah satu daripadanya," kata Encik Wong.

Pemerintah juga menggalak orang ramai, khususnya warga emas atau mereka yang tinggal dengan warga emas, mengurangkan aktiviti sosial yang tidak penting bagi dua minggu akan datang. Orang ramai juga harus mengehadkan diri kepada satu perhimpunan sosial sehari.

Dalam pada itu, Encik Wong berkata Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) - yang akan membolehkan pengunjung dari Jerman dan Brunei yang telah divaksin sepenuhnya memasuki Singapura tanpa perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) - mulai esok akan diteruskan.

Beliau juga berkata warga emas berusia 60 tahun dan ke atas akan mendapat undangan untuk mendapatkan suntikan penggalak atau 'booster' Covid-19 dalam masa dua minggu.

Pemerintah juga sedang mengkaji kemungkin suntikan penggalak bagi golongan dewasa lebih muda.

Tambahnya, pemerintah akan berusaha sebaik mungkin untuk mengelak daripada mengetatkan langkah namun masih dapat memperlahan penularan sebaik mungkin menerusi usaha menjejak kontak secara lebih agresif, langkah menguji secara lebih meluas serta kerjasama semua orang memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab sosial mereka.

"Ini mencerminkan fasa baru kita, dengan jumlah lebih tinggi orang yang divaksinasi dan oleh itu, kita tidak perlu kembali ke langkah kewaspadaan dipertingkat atau langkah lebih ketat namun diharapkan dapat memperlahan penularan dengan semua langkah ini," ujar Encik Wong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg