Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemerintah akan beri butiran pakej sokongan GST semasa Belanjawan 2020

Nov 10, 2019 | 11:36 AM
KONVENSYEN PAP: PM Lee Hsien Loong, DPM Heng Swee Keat dan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat PAP di permulaan acara penyampaian anugerah dan konvensyen PAP 65 pada 10 November 2019.
KONVENSYEN PAP: PM Lee Hsien Loong, DPM Heng Swee Keat dan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat PAP di permulaan acara penyampaian anugerah dan konvensyen PAP 65 pada 10 November 2019. - Foto KEVIN LIM

LANGKAH menaikkan GST bukan langkah yang popular dan pemerintah boleh tunggu sehingga selepas pilihan raya umum akan datang untuk mengumumkannya.

Namun, ini bermakna mereka akan bersikap tidak jujur.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata demikian semasa berucap di konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapore Expo pagi tadi (10 Nov).

"Perkara bertanggungjawab yang sepatutnya dilakukan adalah untuk berterus-terang dan memberitahu orang ramai yang ini akan berlaku. Inilah erti kewibawaan.

"Kami tidak sembunyi daripada kebenaran yang sukar," ujar Encik Heng.

Encik Heng yang juga penolong setiausaha agung pertama PAP berkata ini juga akan membantu warga dan syarikat setempat membuat perancangan menjelang kenaikan GST itu, yang akan dinaikkan daripada 7 kepada 9 peratus antara 2021 dengan 2025.

Tambahnya, pemerintah komited membantu warga Singapura menangani kenaikan itu, dengan satu pakej sokongan GST bakal diumumkan semasa Belanjawan tahun depan.

Namun, beliau menekankan bahawa ini bukan satu ganjaran yang diberi untuk menarik pengundi kerana ia akan diberi hanya apabila GST dinaikkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg