Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pemerintah akan lebih utamakan keselamatan dalam penilaian tender binaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan lebih utamakan keselamatan dalam penilaian tender binaan

Feb 02, 2024 | 04:05 PM



Dalam usaha meningkatkan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH), pemerintah Singapura telah mengumumkan beberapa langkah peningkatan terhadap kriteria penilaian tender berkaitan keselamatan bagi projek pembinaan sektor awam.

Mulai 1 April, agensi pemerintah akan lebih menitikberatkan keselamatan dalam penilaian tender pembinaan yang dibuka. 

Kriteria baru yang ditetapkan itu akan menjadi keutamaan dalam proses pemilihan tender.

Perubahan tersebut adalah sebahagian daripada langkah Keselamatan, Fokus dan Pemerkasaan Keselamatan (Safe), yang dimulakan oleh Pasukan Bertindak Keselamatan Tempat Kerja Berbilang Agensi (Mast) pada awal 2023.

Menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA),  di bawah rangka kerja baru itu, pewajaran minimum bagi kriteria berkaitan keselamatan akan dinaikkan.

Pewajaran minimum untuk kriteria berkaitan keselamatan dalam tender pembinaan sektor awam bernilai melebihi $1 juta akan dinaikkan kepada lima peratus daripada markah keseluruhan berbanding tiga peratus sebelum ini daripada markah keseluruhan untuk tender bernilai $3 juta atau lebih.

Bagi kontrak yang menggunakan rangka kerja  Kaedah Harga-Kualiti (PQM), kriteria berkaitan keselamatan akan menyumbang sekurang-kurangnya 15 peratus bagi pewajaran ‘Kualiti’ atau 5 peratus daripada jumlah markah PQM. 

Perubahan ini bertujuan menggalakkan kontraktor mencadangkan dan melaksanakan peningkatan keselamatan daripada peringkat perancangan, tambah MOM dan BCA. 

Di samping prestasi keselamatan masa lalu, kriteria yang dipertingkatkan itu akan lebih memihak kepada kontraktor yang menunjukkan rancangan menggunakan kaedah pembinaan lebih selamat atau menggunakan teknologi WSH bagi mempertingkatkan  pemantauan risiko serta hasil. 

Langkah baru itu diumumkan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, dan Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, sewaktu lawatan mereka ke tapak binaan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) baru di Hougang Avenue 3 pada 2 Februari.

 Pemerintah merupakan pemaju terbesar Singapura, dengan sektor awam dijangka menyumbang sekitar 55 peratus daripada permintaan pembinaan pada 2024.

Sekitar $18 bilion hingga $21 bilion nilai kontrak pembinaan sektor awam mungkin diberikan pada 2024.

Mulai 1 April, Rangka Kerja Kehilangan Kelayakan Keselamatan (SDQ) akan diperluas kepada lebih banyak projek serta lebih banyak lapisan subkontraktor.

Bagi projek bernilai lebih $90,000 sehingga $1 juta, SDQ akan dikenakan ke atas kontraktor utama, manakala bagi projek bernilai lebih $1 juta, kontraktor utama dan semua peringkat subkontraktor akan tertakluk kepada kriteria hilang kelayakan MOM.

Rangka kerja itu melucutkan kelayakan buat sementara waktu syarikat yang mempunyai rekod keselamatan yang lemah daripada mengambil bahagian dalam tender pembinaan sektor awam selama tiga bulan hingga dua tahun.

Pemerintah ​juga akan melaksanakan keperluan keselamatan kritikal yang sama merentas setiap projek sektor awam bernilai lebih $1 juta.

Penyeragaman itu termasuk mewajibkan latihan WSH khusus untuk kegiatan di tapak pembinaan, komitmen keselamatan yang dipertingkat daripada kontraktor serta penilaian risiko, antara lain.

Dalam menggalakkan lagi penggunaan amalan WSH yang baik, pemerintah telah memperkenalkan langkah memberi insentif kepada projek bernilai $3 juta atau lebih.

Kontraktor utama akan dikehendaki menggunakan teknologi WSH sedia ada, seperti Sistem Permit-Ke-Kerja Elektronik dan Teknologi Keselamatan Kenderaan.

Bagi projek melebihi $50 juta, Skim Bonus WSH akan dilaksanakan untuk memberi ganjaran kepada kontraktor utama atas prestasi dan budaya keselamatan yang kukuh, dengan bonus itu digunakan untuk mengiktiraf usaha pekerja di tapak pembinaan dalam mengamalkan piawaian keselamatan.

Encik Zaqy, yang juga pengerusi pasukan petugas Mast, berkata beliau berharap dengan langkah yang diperkenalkan pemerintah itu, ia akan menjadi contoh baik yang boleh diteladani.

  “Pemerintah merupakan pemeroleh yang terbesar di Singapura dalam sektor pembinaan, dan di sini kita dapat menunjukkan cara bagaimana kita dapat melakukan pemerolehan yang baik menggunakan kontrak.

“Saya berharap dengan langkah-langkah ini, kita dapat terus meningkatkan lagi keselamatan industri pembinaan.

“Ini adalah satu usaha yang akan diteruskan supaya Singapura dapat menjamin dan memberi ketenangan kepada pekerja-pekerja kita bagi memastikan setiap tempat kerja dijamin selamat,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >