Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemerintah atur penerbangan bawa pulang warga Singapura di Mesir Selasa depan

Apr 4, 2020 | 1:35 PM
KORONAVIRUS DI KAHIRAH: Seorang pekerja menyembur bahan basmi kuman di luar masjid di Kahirah pada 3 April. Pihak berkuasa Mesir telah melaksanakan sekatan masa, dengan semua pengangkutan awam digantung selama dua minggu bermula 25 Mac 2020 untuk membendung penularan Covid-19.
KORONAVIRUS DI KAHIRAH: Seorang pekerja menyembur bahan basmi kuman di luar masjid di Kahirah pada 3 April. Pihak berkuasa Mesir telah melaksanakan sekatan masa, dengan semua pengangkutan awam digantung selama dua minggu bermula 25 Mac 2020 untuk membendung penularan Covid-19. - - Foto EPA-EFE

PEMERINTAH sedang mengatur satu penerbangan khas untuk membawa pulang warga Singapura di Mesir, setelah negara itu turut terjejas dengan Covid-19.

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sedang membantu pelajar Singapura di Mesir yang ingin menaiki penerbangan dari Kahirah itu yang dijadual Selasa depan (7 April).

"Bantuan kewangan akan diberikan mengikut dasar kes demi kes," kata Muis kepada Berita Harian.

Menurut laman Facebook Kedutaan Singapura di Kahirah, penerbangan tersebut akan menjadi satu-satunya penerbangan repatriasi yang diatur pemerintah dari Mesir.

"Warga Singapura yang kelihatan tidak sihat (demam, batuk, sakit tekak atau menunjukkan gejala selesema), tidak akan dibenarkan untuk berangkat demi kesihatan dan keselamatan penumpang dan kru.

"Pemeriksaan akan dijalankan semasa daftar masuk dan tiada pengecualian akan dibuat," menurut kedutaan itu lagi.

Pihak berkuasa Mesir telah melaksanakan sekatan masa, dengan semua pengangkutan awam digantung selama dua minggu bermula 25 Mac lalu untuk membendung Covid-19. Hingga Jumaat (3 April), jumlah kes jangkitan Covid-19 mencapai 985 di Mesir, dengan seramai 66 kematian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg