Pemerintah fokus penuhi keperluan asas warga, jauhi dasar populisme
Premium
Pemerintah fokus penuhi keperluan asas warga, jauhi dasar populisme
PM Lee: Ini dilakukan dengan adil berhubung isu rumah, jagaan kesihatan, pendidikan serta pastikan warga ada peluang pertingkat diri
Oct 18, 2019 | 5:30 AM
CARA SINGAPURA: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong (kiri) dan Pengerusi merangkap Ketua Editor Forbes Media, Encik Steve Forbes, menghadiri sesi dialog di Persidangan CEO Global Forbes di Hotel Shangri-La kelmarin. - Foto BH oleh JASON QUAH -
POPULISME kian menjadi isu dalam kalangan banyak negara, dan Singapura telah gigih berusaha untuk melindungi dirinya daripada pendekatan tersebut dengan adanya pemerintah yang memberi tumpuan terhadap keperluan asas warga, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong kelmarin.
Ini telah dilakukan menerusi dasar adil berhubung isu perumahan, jagaan kesihatan dan pendidikan serta memastikan warga Singapura mempunyai peluang untuk mempertingkat diri selain mampu mengatasi permintaan baru, ujar PM Lee.

