Pemerintah henti guna nombor NRIC separa untuk kenal pasti individu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemerintah henti guna nombor NRIC separa untuk kenal pasti individu

Feb 3, 2026 | 7:07 PM

Pemerintah henti guna nombor NRIC separa untuk kenal pasti individu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
NRIC, pengenalan, dihentikan
Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Pendidikan), Cik Jasmin Lau. - Foto MDDI

Agensi pemerintah tidak lagi menggunakan nombor kad pengenalan (NRIC) separa untuk mengenal pasti individu, dan komited akan menghentikan penggunaannya bagi tujuan pengesahan.

Jika pengenalan tepat diperlukan, agensi beralih kepada nombor NRIC penuh, seperti yang tertera pada dokumen rasmi seperti lesen dan surat pekerjaan yang dikeluarkan oleh pemerintah.

Demikian dikatakan Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Pendidikan), Cik Jasmin Lau, semasa menjawab soalan Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Changi) di Parlimen.

Cik Lau menjelaskan: “Nombor NRIC separa, misalnya empat nombor dan abjad terakhir, tidak boleh dipercayai untuk mengenal pasti orang kerana sesetengah individu berkongsi nombor NRIC separa yang sama. Sesetengah individu juga berkongsi nama dan nombor NRIC separa yang sama.”

Oleh itu, kebanyakan agensi pemerintah sudah pun berhenti menggunakan nombor NRIC, melainkan jika pengenalan tepat amat diperlukan.

Apabila keperluan itu timbul, nombor NRIC penuh akan digunakan.

Pemerintah juga komited berhenti menggunakan nombor NRIC bagi tujuan pengesahan.

“Nombor NRIC anda tidak boleh digunakan seperti kata laluan kerana orang lain mungkin mengetahuinya. Agensi pemerintah menghentikan amalan ini lebih setahun yang lalu. Kami kini sedang bekerjasama dengan organisasi swasta untuk melakukan perkara yang sama,” kata Cik Lau.

Beliau menambah bahawa Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) dan Agensi Keselamatan Siber telah mengeluarkan panduan kepada semua organisasi swasta.

Agensi pemerintah seperti Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengeluarkan panduan kepada sektor telekomunikasi, kewangan dan insurans serta penjagaan kesihatan supaya menghentikan penggunaan nombor NRIC untuk pengesahan dalam sektor mereka.

Organisasi swasta yang masih menggunakan nombor NRIC untuk pengesahan berisiko melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA), tegas beliau.

“Bagi sektor swasta, pemerintah akan berunding dengan orang ramai sebelum membuat sebarang perubahan pada garis panduan penggunaan nombor NRIC separa. Kami akan memastikan kami mengimbangi perlindungan data peribadi dengan memenuhi keperluan perniagaan yang sah,” kata Cik Lau.

Beliau berkata sejak Jun 2025, pemerintah sudah memulakan pendidikan awam tentang penggunaan betul nombor NRIC.

Ini dilakukan melalui media sosial, media tradisional, pameran bergerak dan lain-lain.

Kempen nasional ini akan diteruskan dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa ibunda lain untuk meningkatkan kesedaran awam serta pemahaman terhadap penggunaan nombor NRIC yang betul.

“Kami akur organisasi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Dalam tempoh perubahan ini, kami menggalakkan orang ramai terus melaporkan kes-kes di mana nombor NRIC disalahgunakan kerana maklum balas tersebut membantu kami memastikan pelaksanaan yang betul,” ujar Cik Lau lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg