Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemerintah komited bantu pekerja, syarikat rebut peluang ekon digital
Pemerintah komited bantu pekerja, syarikat rebut peluang ekon digital
Pemerintah komited bantu pekerja, syarikat rebut peluang ekon digital
JALIN KERJASAMA: Encik Iswaran menggariskan bagaimana kerjasama dengan syarikat gergasi antarabangsa seperti Google kritikal dalam membantu syarikat dan pekerja Singapura kekal relevan di peringkat antarabangsa. - Foto GOOGLE -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Feb 23, 2019 | 5:30 AM
DENGAN menawarkan sokongan dan prasarana, pemerintah komited untuk membantu pekerja dan perniagaan di sini merebut peluang yang ditawarkan ekonomi digital, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran.
Tetapi beliau juga berkata, usaha negara seperti 23 Perancangan Transformasi Industri dan $150 juta yang diperuntukkan bagi AI Singapore - program negara bagi mempertingkat keupayaan kcerdasan (AI) Singapura - perlu bekerjasama rapat sejajar dengan usaha syarikat, lapor The Straits Times.
