PROGRAM penjualan tanah perindustrian pemerintah (IGLS) bagi separuh pertama 2023 telah dilancar dengan kawasan tapak keseluruhan seluas 7.16 hektar, meningkat daripada 6.36 hektar sebelum ini yang dikeluarkan semasa pelancaran lalu.
Pusingan pelancaran ini termasuk empat tapak dalam senarai yang disahkan dan tiga tapak dalam senarai simpanan, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.
Tapak dalam senarai yang disahkan termasuk Plot 7 Tampines North Drive 4, Plot 8 Jalan Papan, Plot 10 Tampines North Drive 5 dan Woodlands Avenue 8.
Tapak di Plot 8 Jalan Papan mempunyai tempoh pegangan 20 tahun manakala yang lain pula 30 tahun.
Tapak dalam senarai simpanan akan disediakan untuk pelancaran hanya jika terdapat minat pasaran yang mencukupi daripada pihak yang mengemukakan harga pembelian minimum yang hampir dengan harga simpanan pemerintah, atau apabila pihak berminat menawarkan harga pembelian minimum yang boleh diterima pemerintah.
Lokasi tapak dalam senarai simpanan itu termasuk Plot 3 Jalan Papan, 11 Tuas Avenue 18 dan Tuas Road.
JTC Corporation merupakan ejen penjualan bagi kesemua tapak dalam senarai yang disahkan dan senarai simpanan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg