Topic followed successfully
Go to BHkuPemerintah naikkan sumbangan tahunan Workfare dari $850 juta kepada $1.1 bilion
Pemerintah naikkan sumbangan tahunan Workfare dari $850 juta kepada $1.1 bilion
Pemerintah naikkan sumbangan tahunan Workfare dari $850 juta kepada $1.1 bilion
PEMERINTAH akan meningkatkan sumbangannya kepada skim Workfare daripada $850 juta setahun sekarang, kepada $1.1 bilion dalam tempoh dua tahun. Dengan kenaikan sumbangan itu, ia akan membolehkan pemerintah menaikkan sumbangan yang diberi kepada penerima Workfare, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong. Dan untuk membantu golongan pekerja berpendapatan rendah (LWW) lebih muda, sumbangan Workfare akan dimulakan pada usia 30 tahun, berbanding 35 tahun sekarang. Hampir setengah juta pekerja kini meraih manfaat daripada skim Workfare.
Skim itu bertujuan menambah gaji golongan LWW dan membantu mereka berjimat bagi persaraan. Melalui Workfare, pemerintah memberi tokokan kepada gaji kepada golongan LWW menerusi wang tunai dan sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

