Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pemerintah perhalusi sistem penggredan perusahaan makanan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah perhalusi sistem penggredan perusahaan makanan

Mar 04, 2024 | 09:11 PM



Agensi Makanan Singapura (SFA) akan memperhalusi sistem penggredan untuk menilai prestasi keselamatan makanan di perusahaan makanan.

Sistem penggredan baru itu akan mengambil kira rekod prestasi keselamatan serta sistem pengurusan keselamatan makanan di tempat-tempat itu. 

Demikian diumumkan Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, di Parlimen pada 4 Mac.

Cik Fu juga berkongsi bahawa mulai Januari 2025, semua gerai penjaja, gerai-gerai di pasar dan mesin layan diri yang menjual barangan bukan makanan atau barangan makanan berisiko rendah tidak perlu lagi dilesenkan.

Beliau berkata SFA mengambil “pendekatan berasaskan risiko” dalam mengawal selia keselamatan makanan, di mana keperluan pelesenan dan kriteria penggredan keselamatan makanan ditentukur berdasarkan profil risiko perusahaan makanan.

“Ini akan membantu kami memberi tumpuan di mana risikonya adalah lebih tinggi dan menggalakkan perniagaan melaksanakan langkah yang mencukupi untuk memastikan keselamatan makanan, sambil mengekalkan kos pematuhan yang rendah,” katanya.

Di bawah sistem penggredan sedia ada, perusahaan makanan diberi gred antara A dengan D, berdasarkan audit tahunan terhadap prestasi keselamatan makanan mereka.

Ini memberikan gambaran terhadap piawaian keselamatan perusahaan makanan itu semasa pemeriksaan dijalankan. 

​Bagaimanapun, Cik Fu menekankan ia tidak mencerminkan secukupnya sama ada piawaian itu dikekalkan secara tekal.

Walaupun SFA menyediakan sistem kawal selia dan persekitaran yang membolehkan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin, masih terdapat keperluan untuk industri makanan memainkan peranan aktif dalam mengekalkan piawaian keselamatan makanan yang baik.

Oleh itu, untuk memastikan jaminan keselamatan makanan yang lebih baik, perusahaan kini akan digredkan berdasarkan rekod prestasi keselamatan makanan mereka dan sistem pengurusan keselamatan makanan semasa.

Di bawah rangka kerja Jaminan Keselamatan untuk Pertubuhan Makanan (SAFE) baru, ia akan menyediakan pengguna dengan penilaian yang lebih baik tentang prestasi keselamatan makanan perusahaan makanan.

​Ia juga akan menyelaraskan sistem penggredan untuk kedua-dua perusahaan makanan runcit dan bukan runcit, yang kini dikawal oleh dua rangka kerja yang berbeza, kata Cik Fu.

Berkongsi perincian mengenai rangka kerja itu, beliau berkata: 

“Selaras dengan pendekatan berasaskan risiko kami, perusahaan yang terlibat dalam pengendalian makanan penting dengan skala pengedaran yang lebih besar, seperti pengeluar makanan dan katerer makanan, perlu memenuhi keperluan tambahan untuk mencapai gred yang lebih tinggi berbanding kepada yang berskala kecil.

Rangka Kerja SAFE terbaru menggabungkan maklum balas yang telah diterima oleh SFA daripada industri, dengan butiran lanjut akan dikeluarkan pada akhir 2024.

Dalam pada masa yang sama, pemerintah juga akan memperkemas proses pengawalseliaan untuk keselamatan makanan.

Perusahaan makanan, termasuk gerai pasar dan mesin layan diri, menjual barangan dengan risiko keselamatan makanan yang minimum seperti makanan yang telah dibungkus seperti makanan dalam tin dan biskut yang dibungkus, tidak akan dikenakan sebarang keperluan dan bayaran pelesenan bermula 1 Januari 2025.

“Ini membantu mengurangkan pematuhan peraturan dan meningkatkan kecekapan operasi,” kata Cik Fu.

Lebih separuh daripada pemegang lesen gerai pasar sedia ada dan sekitar dua daripada lima pemegang lesen mesin layan diri sedia ada akan mendapat manfaat daripada dasar baru itu.

Keselamatan makanan dari gerai dan mesin layan diri ini akan terus dikawal melalui piawaian yang dikenakan oleh SFA ke atas pengimport dan pembekal barangan makanan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >