Premium
Perjalanan masih perit bagi pemandu teksi
Pemerintah sebelum ini umum beberapa bantuan kepada drebar teksi; syarikat teksi pula umum pengecualian sewa 2 bulan
Jun 13, 2020 | 5:30 AM
MASIH MENCABAR: Perlu beratur panjang. Semua drebar teksi meskipun tempoh pemutus litar sudah berakhir, penumpang masih kurang kerana ramai yang masih bekerja dari rumah dan jarang keluar untuk ke sana-sini. - Foto BH oleh GAVIN FOO -
CABARAN pekerjaan masih berterusan bagi drebar teksi meskipun tempoh pemutus litar sudah berakhir.
Semua drebar teksi yang dihubungi Berita Harian berkata keadaan tetap sama, tiada perubahan walaupun fasa pertama pembukaan ekonomi telah bermula hampir dua minggu lalu.

