Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemerintah teroka khidmat e-bayaran di estet kejiranan

Pemerintah teroka khidmat e-bayaran di estet kejiranan
USAHA menggalakkan pembayaran tanpa tunai di pusat penjaja, kedai kopi dan pusat beli-belah di estet kejiranan mendapat sokongan, dengan empat agensi pemerintah semalam mengeluarkan Permintaan Untuk Mendapatkan Maklumat atau Request for Information (RFI) bagi menghasilkan huraian pembayaran elektronik yang sesuai bagi perniagaan sedemikian.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa langkah itu adalah sebahagian daripada inisiatif Negara Bijak.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
