Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemerintah usul langkah hadkan interaksi dengan kanak-kanak di media sosial

Jul 13, 2022 | 6:42 PM
LINDUNGI PENGGUNA MUDA: MCI usul langkah untuk membolehkan ibu bapa dan waris pengguna muda mengehadkan siapa yang boleh menghubungi dan berinteraksi dengan anak mereka di media sosial.
LINDUNGI PENGGUNA MUDA: MCI usul langkah untuk membolehkan ibu bapa dan waris pengguna muda mengehadkan siapa yang boleh menghubungi dan berinteraksi dengan anak mereka di media sosial. - Foto ISTOCKPHOTO

TETAPAN atau setting yang membolehkan ibu bapa dan waris mengehadkan siapa yang boleh menghubungi dan berinteraksi dengan anak mereka di media sosial serta penapis yang boleh mengehadkan apa yang dapat dilihat mereka merupakan antara beberapa langkah yang diusulkan pihak berkuasa untuk menangani bahaya di dalam talian dengan lebih baik.

Menerusi kertas perundingan yang dilancarkan hari ini (13 Julai), Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) mengusulkan tetapan itu dapat diaktifkan sebagai pilihan asal bagi perkhidmatan yang membolehkan pengguna di bawah umur 18 tahun mendaftar bagi sebuah akaun.

"Perkhidmatan ini boleh memberi amaran kepada pengguna muda serta ibu bapa atau waris pengguna muda tentang kesannya apabila mereka memilih untuk menukar tetapan itu," kata MCI dalam dokumen perundingan.

Di bawah Kod Kandungan bagi Perkhidmatan Media Sosial serta Kod Amali bagi Keselamatan Dalam Talian yang diusulkan, wadah media sosial juga harus menyiarkan maklumat relevan seperti nombor talian bantuan dan perkhidmatan kaunseling kepada pengguna yang mencari kandungan berisiko tinggi.

Ini termasuk kandungan yang berkaitan dengan mencederakan diri sendiri dan bunuh diri.

Orang ramai boleh memberi pandangan mereka menerusi laman web https://go.gov.sg/online-safety-consultation hingga 10 Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg