Premium
Pemilik busana manfaatkan FB Live tarik pelanggan
DI JOO CHIAT COMPLEX
Aug 17, 2020 | 5:30 AM
TETAP BERSEMANGAT: Walaupun jumlah pelanggan yang mengunjungi kedainya di Joo Chiat Complex lebih kurang berbanding waktu bebas Covid-19, Cik Siti berkata perniagaannya mula meningkat sedikit demi sedikit dan beliau memanfaatkan wadah media sosial untuk merancakkan penjualan. - Foto BH oleh NUR HUMAIRA SAJAT -
PANDEMIK Covid-19 telah menjejas perniagaan pemilik butik di Joo Chiat Complex, Cik Siti Rohani Habib Mohd, yang melihat jumlah pelanggan ke kedainya merosot berbanding waktu sebelum ini yang bebas koronavirus.
Namun, ini tidak menghambat semangatnya untuk terus memastikan perniagaannya dapat bertahan, dan untuk terus kekal, pemilik Persian Boutique Pte Ltd itu merancakkan kehadiran jenamanya di dalam talian.

