Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemilik gim, studio kesihatan guna 'masa tambahan' buat persediaan rapi

Jun 12, 2021 | 5:30 AM
PASTIKAN KESELAMATAN: Studio kesihatan seperti 1-Habit antara lain akan menimbangkan kemungkinan menggunakan kit ujian pantas antigen (ART), sebagai rutin tetap untuk kakitangannya agar semua dapat bersenam dengan selamat. (Gambar latihan ini diambil semasa Fasa Tiga) - Foto ihsan AQILAH NORAZMAN
PASTIKAN KESELAMATAN: Studio kesihatan seperti 1-Habit antara lain akan menimbangkan kemungkinan menggunakan kit ujian pantas antigen (ART), sebagai rutin tetap untuk kakitangannya agar semua dapat bersenam dengan selamat. (Gambar latihan ini diambil semasa Fasa Tiga) - Foto ihsan AQILAH NORAZMAN -

WALAUPUN harus menanti lebih lama untuk beroperasi semula seperti sediakala, namun beberapa pemilik gimnasium dan studio kesihatan lega diberikan masa tambahan untuk membuat persiapan.

Gimnasium dan studio kesihatan boleh menyambung semula kegiatan melibatkan pembukaan pelitup peserta dengan jarak selamat sekurang-kurangnya dua meter antara individu dan tiga meter antara kumpulan mulai 21 Jun.

Pengasas Nawal Haddad Fitness dan GlowCo, Cik Nawal Alhaddad, berpendapat sebagai sebuah masyarakat, Singapura telah mencapai banyak kemajuan dalam mengawal jangkitan.

Tetapi beliau faham keputusan pemerintah untuk mengambil masa lebih lama bagi membuka gimnasium dan studio kesihatan sepenuhnya seperti biasa.

"Tentunya kami amat gembira dengan berita ini kerana kami terpaksa menangguhkan rancangan membuka studio kesihatan baru kami ekoran sekatan lebih ketat.

"Jadi memang ini melegakan kerana ini bermakna kami akhirnya dapat membuka studio baru kami," ujar beliau.

"Kami faham pemerintah mahu menyekat jangkitan Covid-19 terutama dalam industri kami yang kegiatan harus dijalankan tanpa menggunakan pelitup. Kami berharap langkah akan ini diteruskan bagi jangka masa panjang dan situasi menjadi lebih baik, jadi tidak perlu tutup lagi dan kembali kepada kelas dalam talian."

Bagi Cik Aqilah Norazman, pengasas studio gaya hidup sihat 1-Habit, pula sudah menjangka pendekatan pembukaan secara bertahap-tahap.

Tetapi beliau tidak menjangka gimnasium dapat dibuka seawal 21 Jun.

"Saya yakin pemerintah ada sebab tertentu mengapa kami hanya dibenarkan seminggu selepas 13 Jun, iaitu tarikh akhir sekatan dikenakan di bawah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat), demi keselamatan seluruh masyarakat.

"Kalau harus menunggu lebih lama, saya rasa kita perlu patuh kerana pastinya ini untuk kesejahteraan semua," terang beliau.

Dengan masa tambahan ini, para pemilik dapat membuat persiapan lebih baik.

Jelas Cik Aqilah, persiapan paling penting ialah memastikan pasukannya mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pemerintah.

"Ini mungkin termasuk ujian tetap menggunakan kit ujian pantas antigen (ART), jadi kami perlu menambah ini dalam rutin tetap kami di samping jadual pembersihan dan sanitasi," katanya sambil menambah usaha dijalankan untuk mempersiapkan para anggota agar mereka selamat membuat latihan semula.

Pada masa yang sama, Cik Aqilah merancang untuk mengekalkan kelas dalam talian bagi mereka yang memilih untuk bersenam dari rumah sahaja.

Sementara itu, Cik Nawal berkongsi selain daripada langkah seperti jarak selamat dan sistem Safe Entry, pihaknya akan menggariskan panduan terperinci.

"Satu panduan Covid-19 yang terperinci akan kami sediakan untuk para anggota patuhi sebelum datang ke studio agar semua orang bersedia untuk bersenam dalam sekitaran yang selamat.

"Jurulatih juga akan diberi panduan ini dan dilatih untuk memerhatikan keadaan dan prestasi anggota semasa kelas."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg