Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemilik Hajjah Mariam Cafe tumpu pada penghantaran di cawangan lain selepas pusat ditutup

May 26, 2021 | 5:30 AM
TUMPU PADA PENGHANTARAN: Meski restoran Hajjah Mariam Cafe di pusat beli-belah Westgate ditutup, ia masih dapat mengambil tempahan makanan menerusi satu lagi cawangannya di North Bridge Road. - Foto HAJJAH MARIAM CAFE
TUMPU PADA PENGHANTARAN: Meski restoran Hajjah Mariam Cafe di pusat beli-belah Westgate ditutup, ia masih dapat mengambil tempahan makanan menerusi satu lagi cawangannya di North Bridge Road. - Foto HAJJAH MARIAM CAFE -

PENUTUPAN pusat beli-belah di Westgate dibuat secara tiba-tiba dan hanya diketahui para penyewa pada pagi ia ditutup.

Menurut pemilik bersama Hajjah Mariam Cafe, Cik Adhana Kamis, beliau hanya diberitahu oleh pihak pengurusan pusat beli-belah itu tentang penutupan pada pagi Ahad lalu sekitar 6 pagi.

"Kami semua memang agak terperanjat kerana tiada bayangan pun bahawa pusat beli-belah akan tutup," ujarnya apabila dihubungi semalam.

Meski pusat beli-belah ditutup terus kepada orang awam, penyewa dibenarkan masuk selama beberapa jam untuk mengambil barang-barang dan dokumen penting di kedai masing-masing.

Pusat beli-belah Westgate dan Jem telah diarah tutup selama dua minggu menyusuli bilangan mereka yang dijangkiti melonjak kepada 50 kes, menjadikannya kelompok terkini Covid-19.

Enam kes baru yang dikaitkan dengan kelompok itu, merupakan antara 24 kes masyarakat yang disahkan pada Isnin petang lalu.

Dengan bilangan enam kes itu, ini bermakna, kelompok pusat beli-belah Jem dan Westgate, merupakan kelompok aktif kedua terbesar selepas kelompok Lapangan Terbang Changi.

Menyusuli bilangan yang bertambah itu, Kementerian Kesihatan (MOH) telah menggesa agar kesemua pengunjung ke Jem dan Westgate sejak 10 Mei menjalani ujian percuma Covid-19.

Mereka juga dinasihati untuk memantau kesihatan mereka dengan rapi selama 14 hari dari tarikh lawatan.

Apabila ditanya sama ada penyewa akan diberikan bantuan bagi mengurangkan kos sewa, Cik Adhana berkata buat masa ini belum terdapat lagi sebarang butiran daripada pihak pengurusan mengenai isu tersebut.

Namun, meski perniagaannya di pusat beli-belah itu terjejas, Cik Adhana masih tetap dapat boleh menarik nafas lega kerana beliau mempunyai satu lagi cawangan di North Bridge Road.

Keputusan untuk membuka cawangan kedua itu pada November lalu dibuat selepas mereka mendapati kos sewa di pusat beli-belah agak tinggi.

Justeru, ini yang mendorongnya untuk mencari tempat lain.

"Orang ramai masih lagi dapat membuat pesanan makanan menerusi laman media sosial kami dan kami akan menghantarnya.

"Semasa di Westgate, kebanyakan pelanggan tetap kami adalah mereka yang bekerja di Tuas dan Jurong.

"Mereka masih tetap membuat tempahan dengan kami, dan kami akan tetap menghantar kepada mereka," ujarnya yang kini juga sedang menyediakan menu bagi pakej 'tingkat'.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg