Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemilik, jurulatih buat penyesuaian akibat gim, studio senaman dalam bangunan tutup

May 6, 2021 | 5:30 AM
KEKAL CERGAS, BUAT PENYESUAIAN: Peserta kelas kecergasan di Nawal Haddad Fitness. - Foto ihsan NAWAL ALHADDAD
KEKAL CERGAS, BUAT PENYESUAIAN: Peserta kelas kecergasan di Nawal Haddad Fitness. - Foto ihsan NAWAL ALHADDAD -

PENUTUPAN gimnasium (gym) dan studio senaman dalam bangunan mulai 8 Mac ini, memaksa pemilik dan jurulatih terjejas membuat penyesuaian segera supaya kelas boleh diteruskan.

Dihubungi Berita Harian (BH) semalam, mereka berkongsi rancangan mengadakan kelas maya atau di tempat terbuka.

Kelas senaman boleh diteruskan di tempat terbuka, tetapi dihadkan kepada 30 orang.

Peserta pula harus bersenam dalam kumpulan lima orang dan mematuhi jarak 3 meter di antara kumpulan, mengikut langkah pengurusan selamat diperketat yang diumumkan pasukan bertindak berbilang kementerian bagi Covid-19 kelmarin.

Antaranya, gim dan studio senaman dalam bangunan akan ditutup dari 8 hingga 30 Mei, demi mengurangkan risiko jangkitan dalam masyarakat dan wujud kelompok baru. Namun, langkah diperketat itu bak satu tamparan berulang bagi industri yang pernah ditutup dua bulan semasa Pemutus Litar tahun lalu.

Pengasas Nawal Haddad Fitness dan GlowCo, Cik Nawal Alhaddad, 31 tahun, berkata: "Ia sememangnya tidak dijangka kerana kami cuba sedaya upaya mengurangkan kontak dan mengikut peraturan ditetapkan.

"Saya faham ini untuk mengurangkan kes baru, tetapi mungkin gim dan studio senaman tidak seharusnya ditutup sepenuhnya," ujarnya.

Menambah, Cik Nawal berkata penutupan itu akan menjejas rancangan melancarkan studio baru GlowCo Move bulan depan.

Turut terjejas ialah Encik Mohamed Taufik Mohd Jufri, 39 tahun, ketua jurulatih di studio sukan kombat dan kecergasan, Neue Fit.

Menurutnya, beliau merancang mengadakan beberapa kelas - Muay Thai, tinju dan HIIT (latihan selang intensiti tinggi) - ke kawasan terbuka bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Jurulatih bebas sukan kobat, Encik Nazri Sutari, 30 tahun, pula menjangka pendapatan merosot 25 peratus. Namun, beliau berkata langkah lebih ketat itu wajar.

"Pengumuman kali ini telah dijangka kerana kes Covid-19 kian bertambah.

"Sebelum ini, kami pun telah lalui perkara sama semasa tempoh Pemutus Litar. Kini, kami perlu sesuaikan diri lagi," kata Encik Nazri, yang juga pemenang pingat emas sukan sambo pada Sukan Sea 2019.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg