PEMILIK dan penghuni hartanah diingatkan untuk mendapatkan kelulusan daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sebelum menukar sebarang premis atau sebahagian daripadanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin (4 Apr), SCDF berkata di bawah Akta Keselamatan Kebakaran, Sijil Keselamatan Kebakaran (FSC) mesti didapatkan sebelum sesebuah premis dihuni atau digunakan.

Pemilik atau penghuni bangunan mesti melibatkan Orang Berkelayakan (QP) untuk menyediakan dan menyerahkan pelan pertukaran penggunaan (COU) bagi kelulusan SCDF; dan Pemeriksa Berdaftar (RI) untuk memeriksa kerja-kerja keselamatan kebakaran yang telah siap.

"SCDF memandang serius terhadap COU yang tidak dibenarkan kerana ia merupakan pelanggaran keselamatan kebakaran utama yang meningkatkan risiko kebakaran dan menghalang laluan kecemasan, meletakkan nyawa dalam bahaya semasa wabak kebakaran," menurut kenyataan itu.

Mereka yang didapati bersalah melanggar peraturan keselamatan kebakaran boleh didenda sehingga $10,000 dan/ atau dipenjara sehingga enam bulan.