Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemilik Zam Zam dikenakan tuduhan tambahan

Sep 30, 2015 | 12:31 PM
MANGSA SERANGAN: Pekerja Victory Restaurant, Encik Liakath Ali, mengalami kecederaan serius sehingga mengalami kecacatan kekal di wajahnya, menyusuli serangan pada 26 Ogos lalu di Arab Street. - Foto CHAIRUL FAHMY HUSSAINI
MANGSA SERANGAN: Pekerja Victory Restaurant, Encik Liakath Ali, mengalami kecederaan serius sehingga mengalami kecacatan kekal di wajahnya, menyusuli serangan pada 26 Ogos lalu di Arab Street. - Foto CHAIRUL FAHMY HUSSAINI -

PEMILIK Zam Zam Restaurant, Zackeer Abbass Khan, 45 tahun, telah dikenakan tuduhan tambahan - melakukan ugutan jenayah - terhadap Encik Liakath Ali, 52 tahun, pada 22 Ogos lalu sebelum berlakunya serangan bersenjata empat hari kemudian ke atas mangsa.

Semasa sebutan kes itu di Mahkamah Negara pagi tadi, pihak pendakwaraya menyatakan bahawa Zackeer, telah melakukan ugutan itu pada 6.45 petang di luar Restaurant Zam Zam dengan memberi amaran dalam bahasa Tamil, "Kau jaga, dalam masa seminggu aku akan buat kau", terhadap Encik Liakath, pekerja restoran berkenaan.

Zackeer bersama enam lelaki lain telah didakwa di mahkamah minggu lalu menyerang Encik Liakath hingga dikatakan mengalami kecacatan berkekalan di wajahnya.

Zam Zam Restaurant dan Victory Restaurant di depan Masjid Sultan di North Bridge Road, amat popular dengan jualan martabak di kalangan masyarakat Singapura.

Setelah lebih seminggu direman, Hakim Daerah, Encik Eddy Tham, membenarkan Zackeer dibebaskan dengan ikat jamin $50,000.

Kesnya akan didengar lagi pada 31 Oktober ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg