PENERIMA DARJAH UTAMA BAKTI CEMERLANG: (Mengikut putaran jam, dari atas, kiri): Encik Bobby Chin Yoke Choong, Encik Timothy James de Souza, Cik Kay Kuok Oon Kwong dan Encik Kwa Chong Seng telah disampaikan dengan Darjah Utama Bakti Cemerlang sempena Hari Kebangsaan. - Foto HDB, JASON QUAH, NATIONAL HEALTHCARE GROUP, SINGAPORE TECHNOLOGIES ENGINEERING
BINTANG BAKTI MASYARAKAT: Jurutari yang juga pengasas Sri Warisan Som Said Performing Arts Pte Ltd, Cik Som Said, antara penerima anugerah ini. - Foto ihsan SOM SAID
PENERIMA PINGAT PENTADBIRAN AWAM (GANGSA): Mudir Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Encik Herman Cher Ma’in. -
Empat penduduk Singapura telah dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang (DSO), salah satu penghormatan tertinggi Singapura, atas sumbangan kepada negara.
Mereka adalah antara 6,598 individu yang menerima penghormatan Hari Kebangsaan, seperti Bintang Bakti Masyarakat, Pingat Pentadbiran Awam dan Pingat Bakti Setia pada 2023.
DSO disampaikan kepada
Encik Bobby Chin Yoke Choong, 71 tahun, mantan Pengerusi Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB);
Encik Timothy James de Souza, 76 tahun, anggota Jawatankuasa Tugu Pengasas;
Cik Kay Kuok Onn Kwong, 77 tahun, mantan pengerusi Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) dan pengerusi Lembaga Pentadbir Yale-NUS dan
Encik Kwa Chong Seng, 76 tahun, mantan pengerusi Singapore Technologies (ST) Engineering.
Menurut laman web Pejabat Perdana Menteri, DSO diberikan kepada sesiapa yang telah melaksanakan apa jua perkara atau siri perkara di Singapura yang tergolong sebagai kelakuan terbilang.
Dalam pada itu, penerima pingat Hari Kebangsaan tahun ini termasuk:
Bintang Bakti Masyarakat (BBM)
- Cik Norazizah Mohd Tajudin, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Bukit Panjang
Cik Hayati Rahim, Setiausaha Persatuan Rakyat (Mesra)
Cik Som Said, Pengasas dan Pengarah Artistik Sri Warisan Som Said Performing Arts Ltd
Pingat Pentadbiran Awam (Perak)
Cik Mazlena Ahmad Mazlan, Pengarah Jabatan Jangkauan Masyarakat), Divisyen Media dari Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI)
Cik Norliza Abdul Rahim, Pengetua Sekolah Rendah Punggol, Kementerian Pendidikan (MOE)
Dr Faris Akbar Hajamaideen, Pengarah Kanan Kelompok Sekitaran Dibina dan Kelautan, Politeknik Singapura
Cik Rahayu Buang, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KidSTART SG Ltd (Dipinjamkan)
Pingat Pentadbiran Awam (Gangsa)
Encik Adam Masbah, Timbalan Pengarah ActiveSG, Sport Singapore
Encik Herman Cher Ma’in, Mudir Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Sistem Madrasah Bersama, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)
Encik Bambang Purnama Putra Shakni, Naib Pengetua Sekolah Menengah Broadrick
Cik Norhayati Awang, Pengarah Pusat Bahasa Melayu Singapura
Cik Ira Wati Sukaimi, Guru Pakar
Encik Rahmat Subadah, Guru Pakar
Cik Nur Sabariah Mohd Ibrahim, Pengetua Sekolah Rendah Yew Tee
Encik Sulaiman Mohd Yusof, Pengetua Sekolah Menengah Greendale
Cik Noraini Mansor, Naib Pengetua Sekolah Rendah Alexandra
Cik Rosewati Sukiman, Pengarah Pejabat Sumber Insan, Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak, MOE
Cik Nooraini Jaffar, Pengarah Divisyen Khidmat Khusus dan Ambulatori, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, Khidmat Kesihatan Singapura, Kementerian Kesihatan
Encik Mohd Zulkefli Abdol Rahman, Timbalan Pengarah, Pejabat Serantau Timur, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA)