PEMIMPIN kesatuan, Encik Abdul Samad Abdul Wahab, dan konsultan bersekutu, Dr Shahira Abdullah telah dipilih Jawatankuasa Pilihan Khas untuk dicalonkan kepada Presiden agar dilantik sebagai Anggota Parlimen Dilantik (NMP).

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen semalam, Presiden Halimah Yacob akan melantik mereka sebagai NMP bagi satu penggal sepanjang dua setengah tahun mulai 21 Januari.

Encik Abdul Samad merupakan Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Gas dan Kuasa (Upage). Beliau mempunyai pengalaman 14 tahun berkhidmat dalam kesatuan dan naik pangkat menjadi setiausaha agung kesatuan pada 2015.

Pada 2015 juga, beliau dipilih menjadi anggota Jawatankuasa Pusat NTUC dan kemudian menjadi naib presidennya pada 2019.

Dr Shahira pula kini merupakan perunding bersekutu di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH).

Beliau juga giat menyumbang kepada masyarakat dan menyertai Kelab Mendaki pada 2014 dan pernah berkhidmat sebagai naib presidennya.