Pemimpin masjid berperanan penting pastikan masjid kekal selamat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemimpin masjid berperanan penting pastikan masjid kekal selamat

Jan 30, 2021 | 3:25 PM

Pemimpin masjid berperanan penting pastikan masjid kekal selamat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TEKANKAN PERANAN PENTING PEMIMPIN MASJID: Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood mengulas tentang beberapa program persediaan tempoh kecemasan yang dijalani pihak masjid sebagai persiapan memberi tindakan tangkas apabila diperlukan. Beliau menghadiri sesi pelantikan kepimpinan masjid di Kelompok Masjid Selatan yang berlangsung di Masjid Abdul Gafoor. - Foto MUIS
TEKANKAN PERANAN PENTING PEMIMPIN MASJID: Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood mengulas tentang beberapa program persediaan tempoh kecemasan yang dijalani pihak masjid sebagai persiapan memberi tindakan tangkas apabila diperlukan. Beliau menghadiri sesi pelantikan kepimpinan masjid di Kelompok Masjid Selatan yang berlangsung di Masjid Abdul Gafoor. - Foto MUIS -

PEMIMPIN masjid memainkan peranan penting dalam memastikan ruang ibadah ini kekal selamat buat semua jemaah dan anggota masyarakat yang mengunjunginya.

Menekankan demikian ketika berucap di sesi pelantikan kepimpinan Kelompok Masjid Selatan pada Sabtu (30 Januari) di Masjid Abdul Gafoor, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, menggalakkan pemimpin masjid agar menguatkan usaha bekerjasama dengan rakan kerjasama masing-masing untuk berbakti kepada masyarakat.

Beliau menambah masjid akan terus menekankan kepentingan Kesediaan Kecemasan (EP) bagi membolehkan respons tangkas lagi berkesan apabila timbul sebarang keperluan.

Menurutnya, masjid di Singapura sudah membangun keupayaan EP sejak 2017. Di bawah program ini, pihak masjid telah membina rancangan EP, membentuk Pasukan Tindakan Kecemasan Masyarakat (CERT) serta mengendalikan latihan EP seperti sesi perbincangan mengenai tempoh kecemasan atau 'table-top exercises' serta latihan kecemasan.

Masjid, jelas Encik Esa, juga mengenalkan Sistem Bersepadu Mengesan Ancaman Daripada Orang (Topsis) bagi membolehkan masjid mengesan ancaman di bawah Rangka Kerja SG Secure.

Kesediaan ini akan membolehkan masjid bertindak dengan cekap dalam melaksanakan langkah-langkah pengurusan selamat sewaktu membuka semula secara beransur-ansur masjid pada Fasa Kedua dan Ketiga.

Encik Esa juga menambah selain kesediaan fizikal dan sistem, hubungan rapat yang dibina masjid dan masyarakat sekeliling terbukti penting dalam mengekang sebarang ancaman pada fabrik sosial negara ini.

Justeru, pemimpin, kakitangan dan sukarelawan masjid memainkan peranan penting sebagai titik sentuh dalam memastikan masjid terus menjadi "jiwa" masyarakat.

Pengamatan Encik Esa dibuat sejajar dengan kejadian terkini melibatkan penangkapan belia 16 tahun yang merancang serangan ke atas dua masjid di Singapura.

"Sebagai sebuah masyarakat, kita secara tegas mengecam semua tindakan pengganasan dan keganasan. Ia tiada tempat dalam sebarang agama dengan tindakan sebegini mempunyai matlamat memecahbelahkan masyarakat.

"Sejujurnya, peristiwa ini adalah peringatan memeritkan tentang ancaman radikalisasi dalam talian, dan dengan media sosial menguasai kehidupan kita, ia membawa bahaya ideologi ekstremis ke dalam rumah kita, sesuatu yang boleh menyelewengkan individu khususnya belia," jelas Encik Esa.

Pada sesi pelantikan Sabtu yang diadakan di Masjid Abdul Gafoor yang baru diberi wajah baru, 39 sukarelawan daripada tiga masjid, Masjid Abdul Gafoor, Masjid Bencoolen dan Masjid Al-Abrar, menarima surat pelantikan jawatan sebagai anggota Lembaga Pengurusan Masjid.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg