Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peminat My Melody Sanrio kegilaan sedang McDonald's lancarkan pemegang makanan edisi terhad

Dec 6, 2018 | 3:04 PM
Gambar yang dimuat naik oleh pengguna media sosial hari ini menunjukkan barisan panjang di Seletar Mall, Waterway Point di Punggol, Bukit Batok, Hougang dan Bendemeer, antara lain.
Gambar yang dimuat naik oleh pengguna media sosial hari ini menunjukkan barisan panjang di Seletar Mall, Waterway Point di Punggol, Bukit Batok, Hougang dan Bendemeer, antara lain. - FACEBOOK / DEBBIE LOY HUI TING, IRENE TAN

PEMINAT My Melody Sanrio beratur di restoran makanan segera McDonald's serata Singapura sejak awal pagi hari ini (6 Dis) bagi peluang mendapatkan pemegang makanan edisi terhad yang memaparkan arnab comel itu.

Gambar yang dimuat naik oleh pengguna media sosial hari ini menunjukkan barisan panjang di restoran di Seletar Mall, Waterway Point di Punggol, Bukit Batok, Hougang dan Bendemeer, antara lain.

Jurucakap McDonald's berkata pemegang itu habis dijual di serata Singapura sekitar 11.30 pagi.

Pemegang yang mempunyai ruang meletak cawan dan burger atau kentang goreng itu mula ditawarkan sejak 4 pagi hari ini.

Mereka yang datang awal berpeluang membeli pemegang itu pada harga $6.90 setiap satu dengan sebarang pembelian McDonald's.

Ia berharga 890 yen ($10.80) di Jepun.

Pemegang itu muncul di beberapa pasaran dalam talian seperti Carousell sejurus selepas 4 pagi, dengan ada yang ditawarkan pada harga $30.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg