BERMULA 17 Mei, individu atau keluarga yang memerlukan bantuan kewangan dengan keperluan asas mereka boleh memohon bantuan ComCare jangka Pendek hingga Pertengahan (SMTA) dalam talian melalui portal Support GoWhere.

Demikian kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dalam catatannya di Facebook pada Selasa (17 Mei).

Pemohon ComCare boleh mengklik MyInfo untuk mengisi maklumat peribadi secara automatik, menyerahkan dokumen dan menjejaki status permohonan mereka.

Ini akan membantu menjimatkan masa perjalanan dan meningkatkan kemudahan pemohon.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha (Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF)) untuk mendekatkan bantuan kepada individu dan keluarga dengan cara yang lebih komprehensif, mudah dan terselaras," kata Encik Masagos.