Topik diikuti
Pergi ke BHkuPena istimewa untuk amal dari pelajar Pusat Rainbow
Pena istimewa untuk amal dari pelajar Pusat Rainbow
SATU set pena berwarna-warni yang menampilkan bakat kesenian empat pelajar daripada badan khidmat sosial bagi individu keperluan khas, Pusat Rainbow, dilancarkan bagi tujuan amal hari ini.
Jenama alat tulis Pilot Pen Singapore bekerjasama dengan badan itu bagi satu kempen dipanggil 'Colour Our World' sempena ulang tahunnya yang ke-100.
Turut hadir di acara pelancaran di Pusat Rainbow Margaret Drive itu ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.
Di bawah daya usaha itu, empat pelajar - Danial Isaac Abdullah, 18 tahun; Muhammad Shahfiq Rahim Shah, 18 tahun; Noah Tan, 17 tahun; dan Bill Austin Utama, 17 tahun; berpeluang mempamerkan bakat melukis mereka.
Setiap pelajar itu telah diberi satu konsep dan melukis pada bahan berbeza seperti kanvas dan menggunakan alat yang disediakan Pilot Pen Singapore.
Karya mereka kemudian ditukarkan kepada format digital bagi menghiasi pena manakala karya asal akan dilelong dalam talian.
Set empat pena edisi terhad yang direka empat pelajar itu dijual pada harga $10.