Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenaksir boleh tentukan jumlah pengecualian sewa bagi penyewa kedai di bawah pindaan akta
PENGECUALIAN SEWA: Kementerian Undang-Undang usul pindaan kepada Akta Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara) yang antara lain membolehkan penaksir menentukan jumlah pengecualian sewa dalam sesetengah kes. - Foto fail -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Sep 4, 2020 | 5:30 AM
PENAKSIR yang menguruskan pertikaian di bawah rangka kerja pelepasan sewa, akan diberi kuasa yang dipertingkat bagi membolehkan mereka menetapkan jumlah pengecualian sewa dalam sesetengah kes.
Penaksir itu dilantik Kementerian Undang-Undang (MinLaw) bagi menghuraikan pertikaian antara pemilik hartanah dengan penyewa kedai.
