Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penangkapan ISA: Muis prihatin, sedih ancaman radikalisasi pada belia

Jan 27, 2021 | 7:37 PM
RANCANGAN MENYERANG DUA MASJID DAPAT DIBANTERAS: Masjid Yusof Ishak (kiri) dan Masjid Assyafaah menjadi sasaran serangan remaja yang kini dalam tahanan ISA. Remaja itu merancang menyerang masjid-masjid ini sebagai memperingati ulang tahun kedua serangan masjid di Christchurch, New Zealand. - Foto-foto FAIL
RANCANGAN MENYERANG DUA MASJID DAPAT DIBANTERAS: Masjid Yusof Ishak (kiri) dan Masjid Assyafaah menjadi sasaran serangan remaja yang kini dalam tahanan ISA. Remaja itu merancang menyerang masjid-masjid ini sebagai memperingati ulang tahun kedua serangan masjid di Christchurch, New Zealand. - Foto-foto FAIL -

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) prihatin dan bersedih mengetahui tentang penangkapan belia yang merancang pengganasan yang disasarkan kepada dua masjid di Singapura.

Dalam kenyataannya pada petang Rabu (27 Januari), Muis mengecam semua tindakan pengganasan dan keganasan yang tiada tempat dalam apa jua agama.

"Perbuatan ini akan memecahbelahkan masyarakat. Ia adalah peringatan tegas tentang kewujudan ancaman radikalisasi dalam talian yang sentiasa ada, dan dengan media sosial secara bersama menyelubungi kehidupan kita, ia membawa bahaya ideologi ekstremis ke dalam rumah kita.

"Kita semua khususnya prihatin terhadap belia kita," jelas Muis.

Orang ramai diingatkan bahawa kes ini adalah peristiwa terpencil dengan masyarakat Singapura bernasib baik bahawa ia dikesan awal oleh agensi keselamatan.

"Institusi agama kita juga sudah bersedia menangani senario ini di bawah Rangka Kerja SG Secure dan program Persediaan Krisis bagi Pertubuhan Agama (CPRO).

"Kita berterima kasih di Singapura, kita memiliki ikatan rapat persahabatan dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat berbilang kepercayaan dan kepimpinan mereka serta tidak akan membenarkan sebarang tindakan pengganasan oleh individu yang tersalah arah tuju mengancam fabrik sosial kita," tambah Muis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg