Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penarikan balik VDS ke atas sektor Mice akan kurangkan kos, bawa masuk lebih ramai peserta asing

Oct 16, 2022 | 7:40 PM
ed24c135-8212-41f1-9faa-05ad6ce83b8e
- KUA CHEE SIONG

PENARIKAN balik langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi Covid-19 (VDS) bagi acara lebih 500 peserta telah membawa kepada lebih banyak lawatan perancangan dan pemeriksaan tempat oleh penganjur acara Mice (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran). Perkembangan itu boleh mendorong lebih banyak kontrak ditandatangani, demikian menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Perkara itu juga boleh menambah kepada perancangan acara Mice bagi baki tahun ini dan tahun depan, mempercepat pemulihan sektor itu yang sebelum wabak Covid-19 telah menyumbang 0.8 peratus hasil dalam negeri kasar (GDP) Singapura selain menyokong lebih 34,000 pekerjaan. Penganjur juga menyatakan pemansuhan VDS itu juga akan mengurangkan kekangan tenaga kerja dan mengurangkan kos, kadangkala sebanyak 50 peratus. Lebih penting, ia memberi ketenangan fikiran kepada peserta asing - terutamanya mereka dari negara dengan kadar vaksinasi lebih rendah - yang sebelum ini perlu mengesahkan status vaksinasi mereka atau tidak dapat menghadiri persidangan yang berlangsung. Kementerian Kesihatan (MOH), dalam menarik balik VDS mulai 10 Oktober, berkata tidak ada lagi keperluan untuk mengira jumlah suntikan dan penggalak yang diterima setiap individu, dengan koronavirus Covid-19 kini endemik. Ia adalah salah satu sekatan Covid-19 yang terakhir di Singapura, selepas sebahagian besar peraturan, termasuk keperluan memakai pelitup dalam kebanyakan keadaan, digugurkan pada akhir Ogos lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg