Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pencalonan bagi Anugerah Guru Arif Budiman 2024

Feb 2, 2024 | 2:31 PM
Dari 2 Februari hingga 1 April, pelajar, pendidik, ibu bapa dan orang ramai boleh mencalonkan guru cemerlang Bahasa Melayu bagi  Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) 2024.
Dari 2 Februari hingga 1 April, pelajar, pendidik, ibu bapa dan orang ramai boleh mencalonkan guru cemerlang Bahasa Melayu bagi Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) 2024. - Foto fail

Pencalonan bagi Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) 2024 telah dibuka pada 2 Februari dan akan ditutup pada 1 April.

Pelajar, pendidik, ibu bapa dan orang ramai dijemput mencalonkan guru cemerlang Bahasa Melayu bagi anugerah tersebut.

Anugerah itu dianjurkan bersama Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), Berita Harian dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Kenaikan Pangkat Bahasa Melayu (MLLPC).

Agab mengiktiraf guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah, maktab rendah, dan Institut Millenia yang memberi sumbangan besar dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Calon dinilai berdasarkan keupayaan mereka menyemai pengetahuan, kemahiran dan minat dalam pembelajaran bahasa, sastera dan budaya Melayu, serta jagaan dan keprihatinan mereka terhadap kesejahteraan pelajar mereka.

Mereka juga dinilai berdasarkan kebolehan mencerminkan nilai murni Arif Budiman – insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat – melalui khidmat cemerlang dan menjadi suri teladan sebagai seorang pendidik.

Anugerah itu akan diberi dalam dua kategori – Perangsang (kurang 10 tahun dalam perkhidmatan perguruan) dan Teladan (10 tahun dan ke atas dalam perkhidmatan perguruan).

Dianjurkan sejak 2007, Agab telah mengiktiraf 77 guru Bahasa Melayu.

Pencalonan boleh dibuat dalam talian melalui https://go.gov.sg/agab2024 dan juga di lelaman www.mbms.sg dan www.mllpc.sg.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi jawatankuasa penganjur Agab 2024 di MOE_MLLPC_Secretariat@moe.gov.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg