Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pencalonan dibuka bagi Anugerah Guru Arif Budiman 2023

Feb 4, 2023 | 5:30 AM
cb519f9f-0dd7-411c-a28c-7bdac26f754e
- AFP

PENCALONAN bagi Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) 2021 dibuka semalam, dan pelajar, pendidik, ibu bapa serta orang ramai diundang mencalonkan guru bagi anugerah tersebut tahun ini.

Anugerah ini bertujuan mengiktiraf guru Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, maktab rendah dan Institut Milenia yang telah membuat sumbangan cemerlang kepada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.

Anugerah itu dianjurkan bersama Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), Berita Harian (BH) dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Bahasa Melayu (MLLPC).

Calon dinilai berdasarkan keupayaan mereka untuk menyemai pengetahuan, kemahiran dan minat dalam pembelajaran bahasa, sastera dan budaya Melayu, serta jagaan dan keprihatinan mereka terhadap kesejahteraan pelajar mereka.

Mereka juga dinilai berdasarkan kebolehan mereka menunjukkan nilai murni Arif Budiman, seorang insan berilmu yang menyumbang kepada masyarakat melalui perkhidmatan yang cemerlang.

Tahun ini, anugerah akan diberikan kepada dua kategori - Motivasi (kurang daripada 10 tahun dalam perkhidmatan pendidikan), dan Model Peranan (10 tahun dan ke atas dalam perkhidmatan perguruan).

Pencalonan dibuka hingga 31 Mac. Borang pencalonan Agab boleh dimuat turun dari www.mbms.sg, www.mllpc.sg, dan www.beritaharian.sg, https://go.gov.sg/agab2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg