Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pencarum terima $68j geran Skim Simpanan Persaraan Dipadankan

Jan 20, 2022 | 5:30 AM
DISERANG BURUNG GAGAK: NParks menyedari tentang video bertarikh 7 Mac mengenai seorang wanita diserang burung gagak ketika beliau berjalan di Serangoon, yang disiarkan di media sosial. TANGKAP LAYAR STOMP
DISERANG BURUNG GAGAK: NParks menyedari tentang video bertarikh 7 Mac mengenai seorang wanita diserang burung gagak ketika beliau berjalan di Serangoon, yang disiarkan di media sosial. TANGKAP LAYAR STOMP -

SEBANYAK $68 juta geran Skim Simpanan Persaraan yang Dipadankan (MRSS) telah dikreditkan pemerintah ke Akaun Persaraan (RA) 117,000 anggota Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pada 7 Januari lalu bagi tokokan wang tunai yang diterima pada 2021.

Menerusi satu kenyataan semalam, Lembaga CPF berkata sembilan daripada 10 anggota menerima geran pemadanan tahunan maksimum sebanyak $600.

Skim itu dilancarkan tahun lalu untuk membantu warga emas yang belum mencapai Jumlah Persaraan Asas (BRS) sebanyak $96,000 sekarang untuk menabung lebih banyak bagi persaraan mereka.

Di bawah MRSS, pemerintah akan memadankan tokokan wang tunai yang dibuat anggota yang layak - dolar untuk dolar - hingga $600 setahun.

Anggota yang layak yang memanfaatkan sepenuhnya MRSS selama lima tahun boleh mengumpul dana tambahan hingga $8,300 dalam RA mereka, yang akan membolehkan mereka mendapat $45 lebih banyak dalam bayaran bulanan bagi sepanjang hayat di bawah skim CPF Life.

MRSS akan dikendali hingga 2025. Anggota yang layak akan dinilai secara automatik setiap tahun dan mereka tidak perlu membuat permohonan.

Tahun ini, 435,000 anggota layak bagi skim tersebut, dengan 35,000 daripadanya layak buat kali pertama.

Mereka akan dimaklumkan menerusi e-mel, SMS, WhatsApp atau surat bulan ini.

Anggota CPF juga boleh melungsuri laman web CPF untuk memeriksa kelayakan mereka.

Untuk menerima geran pemadanan hingga $600 tahun ini, tokokan wang tunai perlu dibuat kepada anggota yang layak sebelum akhir tahun ini.

Sumbangan itu boleh dibuat dalam jumlah yang kecil secara tetap sepanjang tahun.

Geran pemadanan akan dikreditkan pada Januari tahun depan.

Anggota CPF boleh membuat tokokan itu menerusi laman web CPF atau aplikasi CPF Mobile.

Sesiapa sahaja, termasuk anggota keluarga dan rakan-rakan, boleh membuat tokokan wang tunai itu kepada anggota yang layak.

Tahun lalu, tujuh rakan kerja masyarakat - Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Bukit Timah, Pertubuhan Akar Umbi Hong Kah North, Yayasan Masyarakat Parti Tindakan Rakyat (cabang Yuhua), CCC Woodlands, Pusat Khidmat Keluarga Ang Mo Kio, Khidmat Masyarakat Fei Yue dan Yayasan Tsao - menyumbang tokokan wang tunai atas dasar muhibah kepada lebih 500 warga emas.

Pengarah jabatan simpanan persaraan Lembaga CPF, Cik Ong Woei Jiin, berkata CPF merupakan asas persaraan bagi warga Singapura dan menerusi MRSS, ramai warga emas dapat membina simpanan persaraan yang lebih banyak.

"Bagi anggota yang layak bagi MRSS pada 2022, kami ingin menggalak mereka dan orang tersayang mereka untuk membuat tokokan itu seawal mungkin supaya mereka boleh meraih lebih banyak faedah sepanjang tahun," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg