Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenceroboh litar F1 bantu polis dalam siasatan
Premium
Penceroboh litar F1 bantu polis dalam siasatan
Sep 22, 2015 | 3:00 PM
Penceroboh litar F1 bantu polis dalam siasatan

JADI KECOH: Kehadiran lelaki yang tidak dikenali (kiri) semasa perlumbaan Grand Prix Singapura menimbulkan kekecohan di kalangan pemandu dan penganjur. - Foto FORMULA 1'S TWITTER FEED -
LELAKI yang ditangkap menceroboh trek Litar Marina Bay semasa Grand Prix Singapura Singapore Airlines kelmarin telah ditangkap polis.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas perlumbaan Formula Satu itu, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), badan pentadbir perlumbaan tersebut, berkata lelaki berusia 27 tahun yang memakai kemeja-T dan seluar pendek itu sedang "membantu polis dalam siasatan".
