Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendaftaran Darjah Satu bagi 2022 dibuka 30 Jun

May 21, 2021 | 5:30 AM
842900c2-875e-4f75-9710-c491943cee4f
-

PENDAFTARAN Darjah Satu untuk tahun depan akan dibuka pada 30 Jun, kata Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.

Pendaftaran tahun ini tidak akan terjejas oleh semakan rangka kerja pendaftaran Darjah Satu yang sedang dijalankan, yang telah diketengahkan di Parlimen sewaktu debat Belanjawan pada Mac.

Kementerian sedang mengkaji semula rangka kerja itu untuk melihat bagaimana ia boleh meningkatkan jumlah tempat yang diketepikan di bawah Fasa 2C - fasa terbuka bagi mereka yang tiada sebarang bentuk keutamaan dalam kemasukan, dan berdasarkan jarak antara rumah dengan sekolah.

Buat tahun kedua berturut-turut, pendaftaran akan dibuat dalam talian disebabkan pandemik Covid-19.

Ibu bapa boleh mendaftar menerusi dua cara pendaftaran berdasarkan fasa di mana anak mereka berada.

Bagi ibu bapa yang mendaftarkan anak mereka di bawah Fasa 1 - yang membolehkan ibu bapa mendaftar anak mereka yang lebih muda di sekolah di mana anak lebih tua sedang menuntut - sekolah akan memberikan ibu bapa lebih butiran tentang bagaimana mendaftar anak mereka yang lebih muda sewaktu tempoh pendaftaran menggunakan borang permohonan dalam talian.

Bagi Fasa 2A(1), 2A(2), dan 2B, pautan kepada borang permohonan dalam talian dan panduan boleh didapati di laman web pendaftaran Darjah Satu MOE, serta tempoh bila pendaftaran dibuka bagi fasa-fasa ini.

Fasa 2A(1) adalah bagi ibu bapa yang merupakan alumni atau anggota jawatankuasa pengurusan atau penasihat sekolah itu.

Fasa ini berlangsung pada 7 Julai dari 9 pagi hingga 4.30 petang dan keputusannya akan dikeluarkan pada 13 Julai.

Fasa 2A (2) pula bagi kanak-kanak yang mempunyai adik-beradik yang pernah menuntut di sekolah pilihan mereka atau sedang menghadiri tadika MOE di dalam sekolah tersebut. Ibu bapa yang merupakan kakitangan sekolah itu atau alumni juga boleh membuat permohonan di bawah fasa ini.

Ia akan berlangsung dari 9 pagi pada 14 Julai hingga 4.30 petang pada 15 Julai. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan pada 23 Julai.

Sukarelawan sekolah yang menyertai tidak melebihi 1 Julai tahun lalu dengan sekurang-kurangnya 40 jam perkhidmatan sehingga 30 Jun atau mereka yang mendaftar dengan suku atau kumpulan gereja yang mempunyai hubungan, antara lain, boleh mendaftar sewaktu Fasa 2B.

Fasa ini berlangsung dari 9 pagi pada 26 Julai hingga 4.30 petang pada 27 Julai. Keputusan akan dikeluarkan pada 2 Ogos.

Bagi Fasa 2C dan 2C Tambahan, ibu bapa yang tidak atau tidak dapat membuat permohonan pada fasa lebih awal akan dapat mendaftar di Sistem Internet Darjah Satu (P1-IS) dan mereka boleh merujuk kepada laman web https://www.moe.gov.sg/primary/p1-registration/how-to-register?pt=2C untuk maklumat lanjut bagi pendaftaran.

Dua fasa itu bermula pada Ogos.

MOE memberi peringatan bahawa ibu bapa patut memilih sekolah yang sesuai dengan keperluan dan minat anak mereka.

PENDAFTARAN DARJAH SATU BAGI KEMASUKAN 2022

FASA 1

  1. 30 Jun hingga 1 Julai
  2. Untuk kanak-kanak yang mempunyai adik-beradik yang menuntut di sekolah rendah pilihan
  3. Semua kanak-kanak yang mendaftar di bawah fasa ini akan diberi tempat di sekolah

FASA 2A (1)

  1. Pendaftaran menerusi borang dalam talian pada 7 Julai
  2. Keputusan adalah pada 13 Julai
  3. Untuk kanak-kanak yang ibu bapanya merupakan bekas pelajar sekolah rendah itu dan telah menyertai persatuan alumni sebagai anggota tidak melebihi 30 Jun 2020
  4. Untuk kanak-kanak yang ibu bapanya adalah anggota jawatankuasa pengurusan atau penasihat sekolah itu

FASA 2A (2)

  1. Pendaftaran menerusi borang dalam talian dari 14 hingga 15 Julai
  2. Keputusan adalah pada 23 Julai
  3. Untuk kanak-kanak yang ibu bapanya atau adik-beradik telah menuntut di sekolah rendah pilihan itu
  4. Untuk kanak-kanak yang ibu bapanya merupakan anggota kakitangan sekolah rendah pilihan itu
  5. Untuk kanak-kanak dari Tadika MOE di bawah dan terletak dalam sekolah rendah pilihan itu

FASA 2B

  1. Pendaftaran menerusi borang dalam talian dari 26 hingga 27 Julai
  2. Keputusan adalah pada 2 Ogos
  3. Untuk kanak-kanak yang ibu bapanya menyertai sekolah rendah itu sebagai surelawan sekolah tidak melebihi 1 Julai 2020 dan telah meluangkan sekurang-kurangnya 40 jam perkhidmatan secara sukarela kepada sekolah tersebut sehingga 30 Jun 2021
  4. Untuk kanak-kanak yang ibu bapanya merupakan anggota yang disahkan oleh gereja atau suku yang mempunyai hubungan langsung dengan sekolah rendah itu
  5. Untuk kanak-kanak yang ibu bapanya disahkan sebagai pemimpin masyarakat aktif

FASA 2C

  1. Pendaftaran menerusi borang dalam talian atau P1-IS dari 3 hingga 5 Ogos
  2. Keputusan adalah pada 17 Ogos
  3. Bagi semua kanak-kanak yang layak untuk Darjah Satu pada tahun berikutnya dan belum lagi mendaftar bagi sekolah rendah

FASA 2C TAMBAHAN

  1. Pendaftaran menerusi borang dalam talian atau P1-IS dari 19 hingga 20 Ogos
  2. Keputusan adalah pada 31 Ogos
  3. Untuk kanak-kanak yang belum lagi mendaftar bagi sekolah rendah setelah Fasa 2C

FASA 3

  1. Nyatakan minat dalam talian dari 1 hingga 7 Jun
  2. Keputusan adalah pada 29 Oktober
  3. Hanya bagi kanak-kanak yang bukan warga Singapura atau bukan penduduk tetap yang telah meluahkan minat mereka dan telah dimaklumkan oleh MOE pada Oktober 2021 bahawa mereka boleh ditawarkan tempat di Darjah Satu
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg