Pendaftaran NS bagi warga dan PR lelaki lahir 1 Julai hingga 30 Sept 2005 bermula
Pendaftaran NS bagi warga dan PR lelaki lahir 1 Julai hingga 30 Sept 2005 bermula
Sep 3, 2022 | 2:53 PM
- Foto: fail
PENDAFTARAN bagi Perkhidmatan Negara (NS) akan bermula bagi rakyat dan Penduduk Tetap (PR) lelaki yang lahir antara 1 Julai 2005 dengan 30 September 2005. Mereka boleh mendaftar bagi NS antara Rabu ini (7 Sept) dengan 27 September ini melalui dua cara:
- Menerusi laman https://www.ns.sg; atau
- secara peribadi di Podium, Pusat Pangkalan Tenaga Manusia (CMPB) yang terletak di 3 Depot Road.
Setiap pendaftar mesti memilih satu tarikh antara 18 November dengan 15 Disember ini untuk menjalani pemeriksaan perubatan di CMPB.
Pemeriksaan perubatan akan berlangsung dari 8 pagi hingga 1 tengah hari.

