Topik diikuti
Pergi ke BHkuPendaftaran NS mulai Rabu depan bagi mereka yang lahir Sep-Dis 1999

Pendaftaran NS mulai Rabu depan bagi mereka yang lahir Sep-Dis 1999
RAKYAT dan Penduduk Tetap lelaki yang tarikh lahir mereka jatuh dari September hingga Disember 1999 boleh mendaftar diri bagi kewajipan Perkhidmatan Negara bermula Rabu depan.
Pendaftaran akan berlangsung sehingga 25 Oktober. Ia boleh dilakukan secara dalam talian di www.ns.sg atau datang sendiri ke Podium Pangkalan Tenaga Rakyat (CMPB) di 3 Depot Road.
