Topik diikuti
Pergi ke BHkuPendaftaran penggalian dan pengebumian semula kubur Islam di Tanah Perkuburan Choa Chu Kang berakhir 6 petang hari ini
Pendaftaran penggalian dan pengebumian semula kubur Islam di Tanah Perkuburan Choa Chu Kang berakhir 6 petang hari ini

Pendaftaran penggalian dan pengebumian semula kubur Islam di Tanah Perkuburan Choa Chu Kang berakhir 6 petang hari ini
PENDAFTARAN bagi penggalian dan pengebumian semula kubur-kubur Islam di Tanah Perkuburan Choa Chu Kang akan berakhir pada 6 petang hari ini (25 September).
Dalam satu kenyataan, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata waris yang ingin mandaftar boleh berbuat demikian di pejabat Masjid Pusara Aman.
Setiap pendaftaran akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam, termasuk waktu menunggu.
Kesemua waris yang hadir sebelum 6 petang hari ini akan diterima pendaftarannya.
Menurut Muis, proses pendaftaran Fasa 6 itu telah dimulakan pada 26 September 2017. Hampir 19,000 kubur dari enam blok perkuburan - Blok 6-9 dan Blok 19-20 di Pusara Aman - terjejas dalam fasa penggalian dan pengebumian semula kubur Islam itu.
Notis-notis pemberitahuan dan peringatan mengenainya telah dikeluarkan di akhbar utama dan masjid sejak setahun lalu.
Oleh kerana lebih ramai yang dijangka ingin mendaftar pada hari terakhir, para pegawai yang bertugas akan memberikan tarikh alternatif untuk membuat pengesahan.
"Kami ingin juga memaklumkan bahawa keutamaan akan diberikan kepada para waris yang telah membuat tempahan bagi pendaftaran secara online. Pihak kami ingin melahirkan penghargaan kepada para waris atas kerjasama dan pemahaman mereka," kata Muis.