Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendakwah bebas Fahrorazi didakwa anjur perhimpunan tanpa permit

Oct 19, 2020 | 5:42 PM
DIDAKWA ADAKAN PERHIMPUNAN AWAM TANPA PERMIT: Pendakwah bebas Fahrorazi Sohoi didakwa di bawah Akta Ketenteraman Awam atas kesalahan mengadakan perhimpunan awam tanpa permit. - Foto WONG KWAI CHOW
DIDAKWA ADAKAN PERHIMPUNAN AWAM TANPA PERMIT: Pendakwah bebas Fahrorazi Sohoi didakwa di bawah Akta Ketenteraman Awam atas kesalahan mengadakan perhimpunan awam tanpa permit. - Foto WONG KWAI CHOW -

PENDAKWAH bebas setempat, Fahrorazi Sohoi telah didakwa di mahkamah kerana mengadakan perhimpunan awam tanpa permit.

Beliau telah mengadakan acara Maulidur Rasul pada 11 November 2018 sekitar 11:35 pagi di auditorium Bangunan Putian Singapura, yang terletak di Nombor 25, Lorong 33 Geylang.

Di bawah Akta Ketenteraman Awam, permit diperlukan bagi perhimpunan sedemikian sebelum orang awam dibenarkan untuk menghadirinya.

Encik Fahrorazi, 48 tahun kini dibebaskan dengan ikat jamin $10,000.

Kes dijadual didengar lagi pada 23 November depan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh akan dikenakan denda tidak melebihi $5,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg