Topik diikuti
Pergi ke BHkuPendedahan di luar negara perkukuh pembelajaran
Dua pelajar Melayu yang berpeluang belajar di Perancis dan Korea Selatan antara 60 siswa pertama NTU sertai Program Biasiswa Universiti
Mar 21, 2016 | 5:30 AM
Pendedahan di luar negara perkukuh pembelajaran
PERTUTURAN bahasa yang berbeza tidak menghalang Cik Nabilah Isa dan Cik Zarifah Mohmad Azhar, kededuanya berusia 23 tahun, menuntut ilmu di rantauan.
Walaupun agak kekok kerana kuliah dan pembelajaran dilakukan dalam bahasa asing pada mulanya, mereka akhirnya dapat menggarap bahasa tersebut dan memahami apa yang diajar.