Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendekatan inovatif jadikan RSAF lebih tangkas pertahan S'pura

Oct 8, 2022 | 5:30 AM
KEUPAYAAN RSAF: Encik Zaqy (dua dari kanan) menyaksikan demonstrasi sistem udara tanpa pemandu RSAF APGC semasa lawatannya ke latihan kesediaan di pangkalan udara Paya Lebar.
KEUPAYAAN RSAF: Encik Zaqy (dua dari kanan) menyaksikan demonstrasi sistem udara tanpa pemandu RSAF APGC semasa lawatannya ke latihan kesediaan di pangkalan udara Paya Lebar. -

ANGKATAN Udara Republik Singapura (RSAF) telah memanfaatkan robotik, analisis data dan kecerdasan buatan (AI) agar lebih berdaya tahan dan cekap dalam operasi mereka.

Ini adalah bukti pendekatan tangkas dan inovatif yang diguna pakai oleh RSAF, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.

Encik Zaqy berkata demikian semasa membuat lawatan ke pangkalan udara Paya Lebar untuk menyaksikan latihan kesediaan yang dijalankan RSAF pagi kelmarin.

Dihoskan Komander Komand Generasi Kuasa Udara RSAF (APGC), Brigedier Jeneral (BG) Amos Yeo, Encik Zaqy diberi taklimat tentang peranan dan keupayaan operasi APGC.

Beliau turut melihat bagaimana RSAF menggunakan teknologi untuk kekal teguh dan berdaya tahan dalam menjana kuasa udara untuk RSAF dari keamanan hingga peperangan.

Encik Zaqy juga berinteraksi dengan kakitangan RSAF dan mengucapkan terima kasih atas dedikasi dan komitmen mereka untuk menjaga ruang udara Singapura.

Di samping itu, beliau menekankan bagaimana penggunaan teknologi akan membolehkan RSAF menjadi lebih tangkas, berdaya tahan dan cekap dalam menjana kuasa udara, selain menyatakan keyakinan terhadap kesediaan RSAF.

"Saya gembira melihat komitmen lelaki dan wanita RSAF terhadap pertahanan Singapura. Mereka mempamerkan tahap profesionalisme dan kerja berpasukan yang tinggi.

"Saya yakin dengan kesediaan operasi dan keupayaan mereka untuk dapat mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Singapura apabila mereka dipanggil," katanya.

APGC adalah salah satu daripada enam perintah RSAF.

Bertanggungjawab untuk menjana dan mengekalkan kuasa udara yang berkesan, tepat pada masanya dan teguh untuk mencapai misi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Ia turut menyelia penjanaan pesawat dan elemen kebolehoperasian pangkalan udara dalam setiap pangkalan udara RSAF untuk memastikan kejayaan pelancaran dan pemulihan pesawat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg