Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendidik S’pura antara finalis ‘Ibu Ideal’

Jun 7, 2023 | 7:05 PM
BERI PERANGSANG: Profesor Madya Dr Kamsiah Abdullah kini giat memberi sokongan dan nasihat kepada cucu-cucunya agar terus mengejar impian dan cita-cita.
BERI PERANGSANG: Profesor Madya Dr Kamsiah Abdullah kini giat memberi sokongan dan nasihat kepada cucu-cucunya agar terus mengejar impian dan cita-cita. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Mantan pendidik di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Madya Dr Kamsiah Abdullah, merupakan antara lima finalis bagi anugerah ‘Ibu Ideal’ semasa Pesta Kebangsaan Untuk Ibu Ideal Ke-7 di Luxor, Mesir, baru-baru ini.

Berusia 76 tahun, beliau merupakan satu-satunya finalis dari Singapura selain finalis lain dari Lebanon, Tunisia, Jordan dan Palestin. Anugerah ini mengiktiraf ibu contoh.

“Saya tidak sangka dicalonkan kerana memang semua yang saya lakukan adalah ikhlas dan demi pembangunan diri dan anak-anak,” kata beliau yang kini merupakan profesor madya sambilan di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Antara pengorbanannya termasuk membawa tiga anaknya ke London semasa menghabiskan pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) manakala tiga lagi dititipkan bersama ibu dan ibu mertuanya. Di samping mengejar impian sebagai pendidik, beliau juga turut memastikan tanggungjawab sebagai seorang ibu tidak terabai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg