SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pendidikan seks? Tidak perlu malu...

Pendidikan seks? Tidak perlu malu...

Jan 24, 2022 | 5:30 AM

Pendidikan seks? Tidak perlu malu...

BERSIKAP TERBUKA: Cik Nurashikin (dua dari kanan) dan suami, Encik Mohd Harisman (kanan), sama-sama berbincang tentang pendidikan seks dengan anak mereka (dari kiri) Ryan Ilhan, 16 tahun; Elisya Batrisyia, 13 tahun; Keisya Batrisyia, 12 tahun dan Marsya Batrisyia, 17 tahun. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
BERSIKAP TERBUKA: Cik Nurashikin (dua dari kanan) dan suami, Encik Mohd Harisman (kanan), sama-sama berbincang tentang pendidikan seks dengan anak mereka (dari kiri) Ryan Ilhan, 16 tahun; Elisya Batrisyia, 13 tahun; Keisya Batrisyia, 12 tahun dan Marsya Batrisyia, 17 tahun. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

SETIAP kali muncul babak yang melibatkan hubungan intim ketika mereka sekeluarga sedang menonton televisyen, Cik Nurashikin Rahmat, 41 tahun, tidak akan cuba mengelak hal tersebut.

Sebaliknya, ibu empat anak itu memandang detik-detik itu sebagai peluang mendidik anak-anaknya dan menerapkan nilai moral yang betul dalam diri mereka.

Baginya, maklumat mengenai seks sudah tersebar luas dan sukar bagi ibu bapa melindungi anak mereka sepenuhnya daripada unsur sebegitu.

Justeru, dalam era ini, ibu bapa perlu bersifat terbuka dan berbincang bersama anak mereka mengenai pendidikan seks.

"Pendidikan seks itu penting dan penting juga sebagai ibu bapa, kita tahu apa yang dirasakan anak kita tentang isu berhubungan topik seks.

"Sekiranya anak-anak rasa sesuatu itu baik sedangkan perkara itu tidak betul, dari situlah saya akan campur tangan," ujarnya yang mempunyai anak berusia antara 12 tahun dengan 17 tahun itu.

Menurut Cik Nurashikin, beliau dan suaminya, Encik Mohd Harisman Ismail, 44 tahun, sama-sama berganding bahu menyampaikan pendidikan seks kepada anak mereka.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg