Pendirian SG adalah jalin hubungan baik dengan semua negara
Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan beberapa pemimpin Singapura telah melakukan beberapa siri lawatan ke luar negara sejak Ogos lalu untuk memperkukuh hubungan diplomatik dan ekonomi serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang. BERITA HARIAN membentangkan tujuan lawatan tersebut dan mendapatkan pandangan beberapa pemimpin dan pemerhati mengenai implikasinya kepada Singapura.
Lawatan Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke Malaysia (19 Julai )
Encik Lee dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyaksikan upacara pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) bagi projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.