Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk 60-79 tahun boleh ambil suntikan penggalak kedua

Apr 23, 2022 | 5:30 AM
SOKONG LADANG TEMPATAN: (Dari kiri) Ketua Eksekutif Kumpulan FairPrice, Encik Seah Kian Peng; Cik Fu; Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng; dan Encik Lee Yuan Hao, pengurus ladang di GKE Agritech, di sudut jualan sayur-sayuran yang dihasilkan GKE Agritech di bawah Inisiatif Inkubasi Runcit Agensi Makanan Singapura. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN
SOKONG LADANG TEMPATAN: (Dari kiri) Ketua Eksekutif Kumpulan FairPrice, Encik Seah Kian Peng; Cik Fu; Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng; dan Encik Lee Yuan Hao, pengurus ladang di GKE Agritech, di sudut jualan sayur-sayuran yang dihasilkan GKE Agritech di bawah Inisiatif Inkubasi Runcit Agensi Makanan Singapura. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -

PENDUDUK Singapura berusia 60 hingga 79 tahun boleh mengambil suntikan vaksin Covid-19 penggalak kedua jika mereka mahu, meskipun Jawatankuasa Pakar Mengenai Covid-19 belum mengusulkan demikian.

Ia harus diberi sekitar lima bulan selepas suntikan penggalak pertama, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di sidang media pasukan bertindak berbilang kementarian tentang Covid-19 semalam.

Individu 60 tahun ke atas yang ingin mendapatkannya boleh terus ke sebarang pusat vaksinasi yang menawarkan suntikan mRNA sebelum 7 malam.

Suntikan penggalak ini buat masa ini disarankan bagi yang berusia 80 tahun ke atas, penghuni kemudahan jagaan warga emas dan golongan lemah dari segi perubatan.

Sekitar 17,200, atau 30 peratus warga emas yang layak, sudah mendapatkan suntikan penggalak kedua dalam masa dua minggu setelah usulan jawatankuasa pakar dibuat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg