Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenduduk Ang Mo Kio raih manfaat

SEMBANG BERSAMA PM: Cik Sumi Kamin (berbaju putih) menaiki bas ke-1,000 yang ditambah di bawah BSEP bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Negara Kanan Dr Lam Pin Min, di Ang Mo Kio baru-baru ini. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN
Dec 15, 2017 | 5:30 AM
Penduduk Ang Mo Kio raih manfaat
SEBELUM ini, penduduk Ang Mo Kio Cik Sumi Kamin perlu berjalan sekitar 10 minit ke stesen MRT Ang Mo Kio bagi menaiki kereta api ke tempat kerjanya di Raffles Place.
Dengan adanya bas nombor 71 yang baru dilancarkan pada 9 Disember lalu, Cik Sumi kini menaiki bas itu dari rumahnya untuk terus ke stesen MRT Bishan, sebelum meneruskan perjalanan ke Raffles Place.