Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk asrama empat universiti ditawar jalani ujian percuma Covid-19

Dec 13, 2020 | 6:40 PM
NTU dan SMU berkata, ia akan menggunakan Ujian Pantas Antigen. - FOTO: Fail
NTU dan SMU berkata, ia akan menggunakan Ujian Pantas Antigen. - FOTO: Fail -

PENGHUNI asrama di empat universiti setempat akan ditawarkan menjalani ujian Covid-19 secara percuma pada Januari.

Kementerian Pendidikan (MOE) berkata, ujian itu adalah bagi penghuni asrama di Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD).

Langkah ini diambil, "berdasarkan sekitaran kehidupan komunal dan padat yang boleh menyebabkan risiko penularan masyarakat yang tinggi," kata MOE, yang menggesa agar pelajar menjalani ujian itu, lapor The Straits Times (ST).

Seorang jurucakap MOE berkata, sehingga kini, tiada rancangan bagi melanjutkan ujian kepada semua kakitangan dan pelajar. Kementerian Pendidikan dan Kesihatan Kesihatan mungkin akan pertimbangkan untuk melaksakannnya pada masa depan, jika perlu.

Beliau berkata, butir terperinci mengenai ujian berkenaan akan dikongsi bersama para pelajar.

Kededua NTU dan SMU memaklumkan pelajar mereka menerusi e-mel atau surat pekeliling dalam talian bahawa ia akan menggunakan Ujian Pantas Antigen dan mereka yang diuji positif perlu menjalani ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR) untuk mengesahkan keputusan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg