Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk di sekitar pasar Bukit Merah View jalani ujian swab

Jun 16, 2021 | 5:30 AM
- Foto BH oleh TIMOTHY DAVID
- Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -

BIMBANG kemungkinan dijangkiti Covid-19, pasangan suami isteri Encik Ahmad Abu, 81 tahun dan Cik Alijah Mat Said, 74 tahun, telah menjalani ujian swab dan dikuarantin selama 14 hari.

Langkah berjaga-jaga itu diambil setelah Cik Alijah mengunjungi Pasar dan Pusat Penjaja Bukit Merah View pada Sabtu lalu.

Memandangkan mereka sudah lanjut usia, Encik Ahmad berkata, pegawai dari pihak kesihatan setempat telah melaksanakan ujian swab ke atas beliau dan isterinya di rumah mereka di Blok 130.

Penduduk yang telah mengunjungi pasar di Blok 115 Bukit Merah View itu atau kedai di Blok 116 antara 25 Mei dengan 1 Jun, pula dinasihati menjalani ujian swab percuma di pusat pemeriksaan sementara yang disediakan di Blok 125A Bukit Merah View hingga esok.

Orang ramai kelihatan beratur panjang untuk mengambil ujian swab di pusat pemeriksaan sementara itu semalam (gambar atas).

Semalam juga, semua pegerai di Pasar dan Pusat Makanan Redhill turut diwajibkan untuk menjalani ujian Covid-19 setelah seorang yang dijangkiti didapati mengunjungi tempat itu.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg