Penduduk dipindahkan selepas kebakaran di Ang Mo Kio Ave 6

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk dipindahkan selepas kebakaran di Ang Mo Kio Ave 6

Jul 5, 2019 | 6:49 PM

Penduduk dipindahkan selepas kebakaran di Ang Mo Kio Ave 6

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
915943b7-fe9c-4178-97ed-872bb2e8e8f2
- FOTO STOMP

SATU kebakaran telah berlaku di Ang Mo Kio pada petang Jumaat (5 Julai), dengan asap kelihatan berkepul-kepul di atas flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berdekatan.

Dalam satu pos Facebook pada 4.42 petang, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kebakaran itu berlaku di Blok 720 Ang Mo Kio Avenue 6.

Watch on YouTube

SCDF kemudian berkata kebakaran itu melibatkan kandungan kedai-kedai di tingkat bawah blok itu dan api sedang memarak apabila pegawai tiba di tempat kejadian.

Empat jet air digunakan untuk mengawal kebakaran itu. Pihak polis pula telah memindahkan penduduk blok itu sebagai langkah keselamatan, kata SCDF lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg