Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk GRC Marsiling-Yew Tee kumpul lebih $600,000 untuk Gaza

Dana dikumpul bagi keperluan kesihatan, pendidikan dan bekalan perubatan kepada penduduk Gaza
Dec 9, 2024 | 3:55 PM
Sebagai sebahagian daripada kempen bantuan kemanusiaan untuk Gaza, Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Zaqy Mohamad (tiga dari kanan), Encik Alex Yam (dua dari kanan), dan Cik Hany Soh (kanan), menyampaikan cek berjumlah $600,478 kepada Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) pada 6 Disember di Yew Tee Kampong Pavilion.
Sebagai sebahagian daripada kempen bantuan kemanusiaan untuk Gaza, Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Zaqy Mohamad (tiga dari kanan), Encik Alex Yam (dua dari kanan), dan Cik Hany Soh (kanan), menyampaikan cek berjumlah $600,478 kepada Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) pada 6 Disember di Yew Tee Kampong Pavilion. - Foto FACEBOOK ZAQY MOHAMAD

Penduduk GRC Marsiling-Yew Tee berjaya mengumpulkan lebih $600,000 dalam sebulan untuk Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) sebagai sebahagian daripada kempen bantuan kemanusiaannya bagi Gaza.

Menurut hantaran di Facebook oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Zaqy Mohamad, pada 6 Disember, kempen itu yang dipanggil Marsiling-Yew Tee GIVES, telah mengumpulkan sejumlah $600,478.

Dilampirkan pada hantaran itu ialah gambar yang menunjukkan Encik Zaqy dan dua lagi AP GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Alex Yam dan Cik Hany Soh, menyampaikan cek kepada RLAF di Yew Tee Kampong Pavilion.

Dalam hantaran Facebooknya, Encik Zaqy berkata bahawa lebih 3,000 hidangan beriani telah dijual sebagai sebahagian daripada pengumpulan dana tersebut, yang berlangsung dari 14 November hingga 6 Disember.

“Kempen ini sungguh bermakna. Kami sangat terharu dengan sokongan luar biasa yang telah kami terima.

“Dengan rendah hati kami mengucapkan terima kasih kepada anda kerana telah bersama kami sepanjang bulan yang lalu.

“Kebaikan dan keihsanan anda telah menyentuh kehidupan dan memberi kesan yang bermakna, menunjukkan kekuatan sebuah masyarakat yang bersatu,” ujar Encik Zaqy.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang juga seorang AP GRC Marsiling-Yew Tee, mengumumkan menerusi satu hantaran di Facebook pada 8 Disember bahawa dana dikumpul itu akan digunakan untuk menyampaikan keperluan kesihatan, pendidikan dan bekalan perubatan kepada penduduk Gaza.

Pada 6 Disember, RLAF mengumumkan di Facebook ia telah mengumpulkan lebih $2,535,753 untuk kempennya ‘Humanitarian Aid for Gaza 2024’, yang berakhir pada 13 Disember.

“Kami sangat terharu dengan kemurahan hati dan belas kasihan semua orang yang telah menyumbang, serta rakan kongsi masyarakat dan masjid yang telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan kesedaran dan menggalakkan orang lain agar menyumbang.

“Setiap dolar yang dikumpul membawa kita selangkah lebih dekat untuk meringankan penderitaan yang dihadapi oleh penduduk Gaza,” kata RLAF.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg